Friday, February 4, 2011

MASA... the TIME...AL WAQT...

ASSALAMUALAIKUM..

Masa

Apakah yang kita bayangkan apabila mendengar atau melihat perkataan ' MASA'?..adakah ia satu perkataan yang membuatkan kita berasa takut? atau merasa bosan? atau langsung tiada apa2 perasaan?..nauzubillah..setiap insan pasti ada pandangannya sendiri tentang masa..banyak peribahasa dan kata2 tentang peribahasa. jika sudah banyak bermakna masa itu bukanlah satu benda yang murah dan ia tidak pantut dipandang enteng terutamanya oleh kita yang bergelar muslim..

"demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..."  (al asr:1,2)

allah telah mengatakan di dalam al quran yg mulia bahawa manusia ini memang rugi...tersangat rugi..tetapi persoalannya adakah semua yang bergelar manusia itu rugi??..kita  teliti ayat seterusnya dalam surah yang sama..

"....KECUALI orang2 yang berpesan2 dgn kebenaran dan orang2 yang berpesan2 dengan kesabaran.." ( al asr:3,4)

nah! berdasarkan kalamullah ini,,tidak semua manusia rugi  tetapi ada manusia2 yang tertentu yang sebaliknya sangat beruntung..siapakah manusia itu?adakah kita ini sebahagian daripada mereka2 yang allah sebut di dalam al Quran yang merupakan orang2 yang beruntung?..

1)orang yang berpesan2 dengan kebenaran
2) orang yang berpesan2 dengan kesabaran

2 golongan ini sahajalah yang diiktiraf allah sebagai orang yang tidak rugi..jom tengok analogi ini..bayangkan anda seorang peniaga sebuah pasaraya yang terkenal .semua orang kalu diberi kesempatan nak datang ke pasaraya milik anda itu kerana harganya yang berpatutan dan berkualiti..anda sebagai pengarah dan pengasas pasaraya itu.Adakah anda suka dan inginkan kerugian ??? sudah tentu tidak bukan..pada masa itu anda sangat2 berharap agar perniagaan anda sentiasa laku sepanjang zaman..

last but not least, demikian juga keadaan kita sebagai seorang muslim. sebagai penganut agama yang dimuliakan allah ini kita sepatutnya sangat2 membenci segala sikap dan perangai kita yang sentiasa suka membuang masa di hadapan televisyen, berbual kosong dengan sahabat2, tidur sepanjang hari, dan malas belajar menyebabkan kita tidak termasuk dalam golongan yang beruntung tadi..so, apa tunggu lagi..ayuh bangkit sahabat2 semua..jangan biarkan masa kita terbuang begitu sahaja kerana nanti kita juga yang akan menyesalinya..jika tiada apa sangat yang dapat dilakukan atau dah rasa bosan yang amat terutama semasa musim cuti ini,,gunakanlah masa itu untuk mengingati allah sebanyak2 nya..

"sesunggunya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.."..surah al ra'du: 28)

bersama hayati dan beramal...sehingga bertemu lagi !ilalliqo'..


No comments: