Tuesday, May 10, 2011

adik-adikku insya allah boleh! =)

 
Di kesempatan balik beberapa hari sebelum diriku bakal menghadapi professional exam akhir tahun 1, saya dan keluarga  meluangkan masa menziarahi adik-adik yang menetap di asrama. beberapa keping foto bersama adik-adik dijadikan kenangan bersama..berikut  bersama adik ainun di sekolah menengah agama Kampung Laut. pengalaman berharga buat adikku kerana ainunla adik pertamaku yang mula menetap di asrama. 



ummi membawa bekal " nasi daging" yang sangatlah best. adik Qisti makan dengan penuh berselera sekali. Adik Qisti  baru sahaja menetap beberapa hari di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek. Semoga adik senang menimba ilmu di sana ya !


 Ha..ni  Abdul Azim. nama panggilan manja ajim."ajim budak baik!" itulah yang selalu diungkapkan. petah berkata-kata walaupun umur tak sampai 6 tahun lagi.


 Bersama Abdul Wafi di sekolah menengah kami. Kedua -dua adik lelakiku bersekolah di sekolah yang sama denganku. Adik Wafi baru sahaja menjadi lepasan Spm pada tahun 2010. Semoga dirimu berjaya melangkah ke menara gading memburu cita-citamu untuk menjadi seorang doktor insya allah.


 Bersama ummi tercinta. diapit oleh 2 jejaka muda.di kesempatan ini ingin mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" pada ummi. Segala pengorbananmu hanya Allah yang layak membalasnya.


2 comments:

dr. ainaa nadia said...

ya Allah, rindunya kat kaklong.. kirim salam kat mak ea.. ade2 mase, g la jalan2 kat umah.. miss u!

asmaa' binti ahmad jafree said...

waa ena..persamaan2..hu2 rindu ena jugak..xpela asmaa' tunggu ena balik malaysia eh..insya allah ada jodoh bertemu jua hendaknya..insya allah