Monday, May 9, 2011

ONE MESSAGE RECEIVED..

"tuut..tuut..one message received...."

Irdina mengerutkan dahinya tanda hairan. "aip, siapa pulak yang hantar mesej malam-malam buta ni?" lantas dibukanya kandungan mesej tersebut.


From: Syafiq
..assalamualaikum..... Ina sihat? tengah buat apa tu? Nak kawan boleh?

Secara tiba-tiba hormon adrenalin mengalir di seluruh tubuhnya. gugup terasa. jantungnya cuba untuk berdenyut lebih kuat mengepam darah ke seluruh tubuh. terasa seram sejuk seluruh tubuh.

matanya melilau ke sana ke mari."em? biar betul dia antar mesej kat aku. macam mana dia tahu nombor ni. Ish pelik betul dia ni. em..nak balas ke tak yep..balas..tak balas...balas..tak balas.." Irdina bermonolog sendirian di kamar kolejnya yang sederhana besarnya itu. Kelihatan semua rakan-rakannya telah lama dibuai mimpi. hanya dia seorang yang masih tidak dapat melelapkan mata ditambah pula dengan mesej misteri yang baru diterimanya itu.


To: syafiq
[waalaikumussalam..ni nombor syafiq ke?macam mana awak tau nombor saya?]

handsetnya bergegar lagi menerima mesej dari jejaka itu.setiap kali mesej diterima, setiap kali itulah nada dering lagu freedom dari artis terkenal : Maher Zain bergema. itulah lagu kesukaan Irdina semenjak lagu itu didengarinya di radio.

From: syafiq
[adelaa..ambik dari kawan. boleh tak saya nak kawan dengan awak?]

"astaghfirullahalazim....kenapa pulak dia ni?' Irdina beristighfar panjang sebaik membaca mesej kedua itu. terasa menjijikkan. Syafiq, pelajar lelaki di kampusnya yang terkenal dengan rupa paras yang sangat elok. dia sering digelar jejaka paling "macho". tidak dinafikan begitu ramai di kalangan pelajar perempuan yang sering menyebut-nyebut nama syafiq.tidak kurang juga yang mempersoalkan status si syafiq itu. sama ada dia sudah berpunya atau belum.

syafiq seorang lelaki yang segak dengan gaya pemakaiannya yang lebih menyerlahkan ke'hensemannya". setiap wanita yang memandangnya pasti akan terpaku dengan rupa parasnya, gayanya, sifatnya yang agak pendiam dan bijak dalam pelajaran.agak sukar untuk menyelami hati jejaka ini untuk mengetahui sama ada dia sudah memiliki buah hati atau tidak. namun itulah yang telahg menjadi persoalan mahasiswi di universiti tempatnya menyambung pelajaran.

Mesej yang diterima Irdina tempoh hari sekaligus menyebabkan ada suatu perasaan misteri yang terpendam dalam hatinya. dia percaya bahawa pasti ada sesuatu yang menyebabkan syafiq tiba-tiba menghantar mesej padanya. dia mula merasakan dirinya dihargai kerana akhirnya ada juga jejaka yang ingin mendekatinya. setiap kali terserempak syafiq di cafe dan di hadapan kelas,  dirinya menjadi gugup sehingga tidak sanggup untuk menatap wajah jejaka itu. tidak pernah sekali pun  Irdina berkomunikasi dengan syafiq. jauh di hatinya dia yakin bahawa syafiq mempunyai secebis perasaan "suka" padanya kerana masakan dia ingin menghantar mesej sedemikian lebih-lebih lagi pada waktu malam. berpaksikan  keyakinannya itulah menyebabkan dirinya lebih mementingkan penampilan diri. Irdina telah berubah sedikit demi sedikit. dia mula untuk menggunakan bedak kompak yang boleh di bawa ke sana ke mari bagi memastikan dirinya sentiasa kelihatan cantik dan terurus. hati  berdegup lebih kencang setiap kali menyangka syafiq cuba untuk memandangnya...

* bersambung...

No comments: