Saturday, June 11, 2011

bola..bola..bola..


"gol!" itulah kalimah sakti yang ditunggu-tunggu oleh setiap penonton yang menyasikan perlawanan bola sepak mahu di dalam negara atau di luar negara. Fokusnya hanya satu. pada bola. Begitu ramai yang meminati permainan ini sehingga sanggup berbelanja lebih bagi menyaksikan perlawanan secara life.ye..apa salahnya untuk memberi sokongan kepada pasukan negeri sendiri kan..

Alhamdulillah keputusan semalam telah menunjukkan bahawa pasukan terengganu telah menjuarai piala FA untuk tahun 2011 ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh  dan bersusah payah mencurah keringat demi menaikkan nama Terengganu dalam permainan bola sepak kali ini.Alhamdulillah..

Apakah perkara selanjutnya yang perlu dilakukan? berlatih dan terus berlatih. "practice makes perfect.".Sebagai pemain, penyokong dan yang lebih penting sebagai seorang muslim haruslah disematkan di dalam setiap jiwa bahawa kalah menang itu sudah menjadi adat pertandingan. yang mendapat kemenangan perlu memperbanyakkan syukur kepada Allah atas nikmat kurnianya. yang kurang  berjaya pula haruslah menerima kenyataan dan memperbanyakkan latihan agar kejuaraan menjadi milik bersama suatu hari nanti.

 sebagai seorang pemain muslim..adalah amat penting untuk menjaga hati kita..kemenangan yang diperolehi tidak boleh dicampur adukkan dengan perasaan2 lain seperti ujub dan riak kerana ianya dapat menghapuskan amalan kebaikan kita selama ini.kawal diri kita supaya tidak terlalu gembira dan tidak terlalu bersedih atas apa yang telah menjadi qada' dan qadar. segala yang berlaku itu telahpun tercatit di lauh mahfuz. hanya Allah yang mengetahuinya.wajiblah kita untuk meyakininya.

setiap kemenangan atau nikmat yang diperoleh jika tidak disertai dengan syukur tidak akan mendatangkan apa2 manfaat bahkan menjadi sia2 dan boleh menjauhkan diri kita dari Sang Pencipta.nauzubillah..bukan itu yang kita inginkan. biarlah setiap apa yang dikecapi itu terselit hikmah agar kita dapat menjadi insan yang lebih dekat dan semakin dekat dengan Allah SWT.dengan itu, semakin banyak kejayaan yang dicapai semakin dekatlah diri kita dengan allah..insya allah..

jadilah seperti nabi Sulaiman yang tidak pernah sombong dan meninggi diri di hadapan Allah. sedangkan baginda mempunyai kerajaan yang sangat hebat yang belum pernah dimiliki oleh orang lain. namun apa yang dilakukan nabi sulaiman?..baginda menjadi semakin dekat dan banyak ibadahnya kepada allah. jika kita ingin bandingkan kerajaan nabi sulaiman dengan diri kita sebagai umat akhir zaman ini amatlah tiada tandingannya. 

marilah sama2 kita menjadikan kejayaan apapun yang kita kecapi dalam hidup ini sebagai kejayaan yang berkat dan mendapat rahmat di sisi Allah SWT.amiin..allahuakbar!

No comments: