Wednesday, June 8, 2011

cuti..nikmat atau musibah??

Berakhirnya musim peperiksaan bagi Alia menandakan bermulanya waktu yang ditunggu-tuggu..musim cuti..yeay2 holiday2..Alia telah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga tercinta agar waktu cutinya tidak terbuang begitu sahaja.

Jun, 2011,

pagi:
Alia tiba di rumahnya. begitu seronok sekali.emm nila masa nak qada' semua tido2 aku yang lalu.setiap kali selepas subuh, Alia menyambung tidurnya kembali. terasa begitu nikmat sekali dengan biliknya yang dilengkapi penyaman udara. terasa seperti di syurga dunia.dah lama tak merasakan nikmat tidur sebegitu.

tengahari:
"allahuakbar..allahuakbar..." laungan azan zohor berkumandang. apa??ya allah..aku dah terlebih tidur ni..tak nak buat lagi lain kali. membazir sungguh masa. kalau tak ,boleh buat mcm2 aktiviti tadi.

petang:
pukul 2. em..ada banyak cite best ni..tengok tv dulu la. eh jap2..kain ada sebakul lagi tu.kesian pulak ibu nak kena sidai.anak solehah kena tolong ibu.tapi cite best ni dah stat.emm. takpela nanti sikit boleh sidai. ibunya pulang pada waktu petang melihatkan kain di dalam bakul yang belum tersidai...

 malam:
ok malam ni aku berazam nak tolong ibu lipat kain..ish apela aku ni.tadi pun tak dapat nak bantu ibu sidai kain...(jam pukul 9)..aiish ngantuk betul mata ni...emh tidur dulula..esok boleh lipat lagi..ye..esok aku lipat..

Julai:
minggu demi minggu berlalu.begitulah rutin Alia...hari terus berlalu..azamnya masih belum terlaksana..selalu dikalahkan oleh dorongan nafsu..Alia dapat merasakan masih banyak masa yang ada..justeru..ditangguhkan dulu niatnya itu...

Ogos:
bulan ramadhan datang lagi.Alia masih lagi berazam untuk melakukan sebanyak mana kebaikan. namun, selalu shaja dibatalkan oleh bisikan2 halus untuk meneruskan rutin selesanya.waktu paginya diisi dengan tidur..tidur..dan tidur...zzzzz

September:
apa??dah bulan september ni.apa yang aku buat selama ni.??ya allah..menyesalnya rasa.tak lama universiti dah nak buka.kena teruskan pelajaran seperti biasa.ishh kalaula cuti panjang lagi kan bagus.macam tak sempat nak buat ape2 pun.isshh menyesal betul sebab banyak sangat tidur..ya allah tak nak buat dah macam ni lain kali tahun depan..

Alia pun meneruskan pengajiannya seperti biasa tanpa ada bekalan yang cukup yang disediakan pada waktu cuti..rasa menyesalnya membuak2..namun..masa sudah berlalu dan tidak boleh diundur lagi.segala penyesalan walau air mata darah sudah tidak berguna..habislah 3 bulan percutiannya tanpa sebarang faedah yang boleh menyumbang kebaikan kepada umat islam..

ibrah: masa anda adalah hidup anda.jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. buatlah sesuatu yang  berfaedah yang boleh disumbangkan untuk ummah tercinta..fastabikul khairat..(berlumba lumbalah dalam melakukan kebaikan).jangan biarkan penyesalan menguasai anda disebabkan kesilapan dan kecuaian anda sendiri. sungguh itu adalah matlamat utama syaitan..melahirkan rasa penyesalan dalam hati manusia..nilai masa luang anda...adakah ia nikmat atau musibah??

No comments: