Thursday, June 2, 2011

ANAKKU TETAP ANAKKU




Jendela luar dijenguknya berkali kali.menanti dan terus  menanti insan yang dirindui.satu minit dirasakan bagai satu jam lamanya dek kerana menahan rindu yang semakin buak buak. Pak Hasim bagaikan tidak keruan lagi hidupnya. Jam di dinding ditatapnya dengan penuh tajam. “ Haris, bila kau nak sampai nak..” agaknya itulah monolog dalam hati kecilnya tatkala menatap jam besar  di dinding yang berbentuk jam tangan itu.
Kriing..kriiing…lamunan pak Hasim dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Dia lantas bingkas berdiri dan membesarkan langkah  menuju ruang tamu. Hatinya gembira kerana dapat menyangka bahawa dia akan mendengar khabar dari anak lelaki sulongnya itu. 
“assalamualaikum ayah..Is dah sampai kat temerloh ni tapi Is nak berhenti  rehat di R&R kejap ayah..insya allah dalam 4 jam lagi kami sampai ye ayah..ayah doakan kami selamat..” suara anaknya itu dapat didengari dengan jelas satu persatu.” Oh iye? Alhamdulillah Is selamat..ayah tak sabar betul nak lihat anak dan cucu ayah..Is bawak kereta hati-hati ye..biar lambat asal selamat..ayah tak henti-henti doa supaya anak cucu ayah selamat..”..
Pak Hasim meletakkan gagang telefon setelah habis menerima khabar dari anak kesayangannya  itu. Mak Yah tiba- tiba muncul dari dapur sambil membawa dulang  berisi 2 cawan air masak  dan meletakkannya di atas meja di ruang tamu.” Siapa yang telefon tadi tu bang? Haris ke?” soalnya..”iye Haris telefon tadi. Katanya dalam 4 jam lagi insya allah dia sampai. Kita doakan anak cucu kita selamat..”
Pon..Pon! usai mengerjakankan solat zohor, Pak Hasim dan Mak Yah dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan  di halaman rumah. “assalamualaikum..atuk..opah…kami dah sampai…..!”..betapa berbunga dan gembiranya hati kedua orang tua itu pabila anak cucunya pulang ke kampung. Subhanallah terasa indah saat keluarga berkumpul bersama  setelah sekian lama wajah-wajah mereka tidak ditatap. Pak Hasim sekeluarga berborak sambil ketawa riang. Mak Yah pula kelihatan gembira sekali melihat telatah cucu –cucunya yang bersungguh untuk memberitahu pada atuk dan opahnya tentang perkara yang mereka lalui sepanjang perjalanan mereka tadi. Akhirnya rumah kampong itu meriah semula dengan kehadiran anak-anak yang sentiasa meluangkan masa untuk menjenguk kedua orang tuanya di kampung halaman tempat kelahiran.
IBRAH
-1)tangunggjawab seorang anak adalah untuk membahagiakan kedua ibu ibapanya yang telah bersusah payah membesar dan memdidiknya sedari kecil.
2) sesibuk mana pun kita dalam bidang pekerjaan tetapi jangan lupa untuk meluangkan masa  bertanya khabar ibu ayah di kampung halaman.
3)eratkan sentiasa hubungan kekeluargaan supaya hidup kita sentiasa bahagia dan tenang.
4) jangan lupa bahawa redha allah itu terletak pada redha kedua ibu bapa.
5) tegakkanlah agama dalam dirimu.
6)islah nafsak wadh’u ghairak( perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.)

No comments: