Thursday, July 28, 2011

anakku sayang






anak anak adalah cahaya mata..
penyejuk hati penawar duka..
nikmat allah yang paling bahagia..
nisbah lahiriah hidup di dunia..
amanah allah yang mesti dijaga...


begitulah sedikit petikan dari lirik lagu yang didendangkan oleh kumpulan in-team.berkisar tentang anugerah dan nikmat anak itu bukan sahaja sekadar untuk membahagiakan hati ibu bapa malah juga adalah tanggungjawab dan amanah yang allah swt berikan kepada sesiapa yang dikehendaki..

terlebih dahulu saya sebagai penulis tidak pernah punya pengalaman dalam mendidik anak2 ini namun inginlah dikongsikan sedikit input berguna dari rancangan raudhah di TV 9 yang telah disampaikan oleh ustaz Badli Shah.beliau telah mengupas sebuah tajuk yang agak menarik berkisar  "anakku sayang".

menurut beliau, dalam mendidik anak2 seharusnya ibu bapa itu bersederhana kerana islam menitik beratkan kesederhanaan.bersederhana di sini bermaksud anak itu tidak boleh terlalu dimanjakan sangat ataupun terlalu dibiarkan sangat sehingga makan minumnya pun tidak diurus oleh ibu bapa mereka.
ambillah ibrah dan pengajaran dari kisah anakku sazali.

 
sebuah kisah menarik telah diceritakan oleh ustaz.tersebut pada suatu masa dahulu semasa pemerintahan khalifah islam yang ketiga, khalifah umar bin al khattab ada seorang ayah pergi menemui khalifah umar. dia mengadu pada khalifah tentang anaknya yang langsung tidak menghormatinya sebagai seorang bapa. bapa tersebut sangat sedih mengenangkan sikap anaknya itu.

setelah itu, khalifah umar memberitahu kepada bapa tersebut supaya turut sama datang membawa anak yang dimaksudkan itu pada keesokan harinya...maka pada keesokan harinya, si anak dan si bapa ini datang menghadap khalifah umar.lalu ditanyakan kepada anak itu apa yang menyebabkan dia bersikap tidak ingin menghormati bapa kandungnya sendiri.

namun apa sebaliknya berlaku???

soalan khalifah tersebut dibalas dengan soalan yang diajukan oleh  si anak tersebut. wahai khalifah, sebelum saya menjawab soalan tuan, saya ingin mengetahui apakah sebenarnya tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya??

lalu khalifah umar menjawab soalan itu dengan cara yang baik.seorang bapa itu mempunyai 6 tanggungjawab terhadap anaknya.antara yang disebutkan ialah ...

*memberi nama yang baik kepada anaknya
*mengajarnya sopan santun
*memberi ilmu.....

setelah mendengarkan penerangan itu lalu si anak mengatakan bahwa dalam semua ciri yang disebutkan itu tidak satu pun ayahnya lakukan.dia mengatakan bahawa ayahnya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah kerana hatta namanya sendiripun bermaksud "kelawar"..apatah lagi pendidikan2 lain.

pengajaran yang kita dapat ambil dari kisah yang menyayat hati ini ialah..sebagai ibu bapa, jika anak kita berkelakuan yang tidak sepatutnya terhadap kita, jangan disalahkan orang lain kerana pendidikan itu bermula dari rumah lagi.ibu bapalah orang pertama dan paling dekat dengan anak2.

disebutkan juga satu kisah yang lebih menarik tentang imam syafie. seperti yang kita maklum, imam syafie mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, mampu menghafal al quran sedari kecil lagi dan bijak.maka ada yang bertanya kepada bapa kepada imam syafie semasa hayatnya tentang bagaimana dia mendidik anaknya.maka dijawab "aku telah mendidik anakku bukan selepas lahir akan tetapi 40 tahun sebelum anaknya lahir"..subhanallah..hebatnya ayah ini..

dapat kita fahami di sini bahawa untuk mendapatkan zuriat yang soleh, bijak dan berakhlak mulia haruslah bermula sedari kita mencari pasangan.pasangan yang baik akan melahirkan keturunan yang baik2 juga..seorang ibu yang sentiasa menjaga bacaan al qurannya, berakhlak mulia, akan dicontohi dan diikuti oleh anaknya pula suatu masa nanti..

jadilah ibu bapa yang baik.tunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya demi melahirkan generasi ulul albab dan penyambung rantai2 perjuangan islam..insya allah..

sekian ..walluahalam..

No comments: