Tuesday, July 26, 2011

..mati hidup semula..


ayuh mulakan pembacaan entri kali ini dengan zikir bersama2.mudah2an ia menjadi penenang dan penyejuk jiwa kita di kala kegelisahan dan kebimbangan insya allah..

subhanallah..
alhamdulillah..
allahuakbar..
 lahaulawala quwwata illa billah..

alhamdulillah rupanya hari ini kita masih diberi ruang dan peluang untuk mengingatiNya.semoga allah sentiasa menetapkan dan mengekalkan nikmat iman dan islam yg dianugerahkan kepada kita semua ..amiin..

para pembaca yg dirahmati allah..

mungkin anda tertanya2 tentang tajuk yang sedemikian.."MATI HIDUP SEMULA"..bunyinya agak mustahil bukan
masakan orang yang telah mati akan hidup kembali??

sebenarnya di sini suka untuk saya kongsikan input yang saya peroleh dalam rancangan "halaqah sentuhan qalbu" baru 2 ini..kali ini ia berkisar tentang kehidupan seorang artis kelahiran negeri cik siti wan kembang yang tidak asing lagi dalam dunia persada artis suatu masa dahulu..beliau diberi nama  CATRIONA BAHRIN ROS..

apa yang telah dilalui oleh beliau merupakan satu titik tolak yang amat berharga  dalam hidupnya yang tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayatnya. beliau menceritakan kisah beliau yang telah terlibat dalam sebuah kemalangan kira-kira  4 tahun yang lalu. kemalangan ngeri yang tidak bisa dilupakan dalam nota kamus hidupnya.

sebelum kejadian beliau telah terlelap di dalam kenderaannya dan apabila tersedar,beliau menyedari yang dirinya telah tercampak di tepi sebuah lebuh raya dalam dengan kesan luka yang agak dalam di kepalanya pada waktu itu..beliau diizinkan allah tersedar ketika terbaring di tepi jalan tersebut..

beliau membuka mata dan cuba untuk memanggil orang meminta tolong walaupun tidak pasti sama ada di sana ada orang ataupun tidak untuk menghulurkan bantuan segera kepadanya.. pada saat itu, dadanya berdegup kencang.beliau dalam keadaan  yang begitu  cemas.tiba2 dalam mindanya terbayang wajah ibu dan ayah yang tidak sempat dikucup tangan dan pipinya sebelum berangkat tadi.beliau khuatir jika allah mengambil nyawanya saat itu, beliau akan menjadi orang yang paling kecewa kerana tidak sempat memohon ampun kepada ibu dan bapanya yang masih hidup..

rupa rupanya bukan itu sahaja yang ditakutkan..beliau sangat takut jika sebentar lagi malaikat maut akan datang mengambil nyawanya..pada saat beliau sedang lemah..pada saat beliau tidak sempat untuk bertaubat..maka beliau menyedari bahaawa pada waktu itu tidak ada seorang pun yang dapat menolongnya. beliau lantas menyerahkan seluruh diri dan hidupnya kepada allah. berbicara sendirian..ya allah janganlah engkau ambil nyawaku saat ini..jadikanlah aku seorang mukmin sebelum munkar nakir datang menyoal.."begitu kalimat yang lahir jauh dari dalam sanubarinya..tika itu hanya allah yang dapat mendengarnya..beliau bertawakkal dan berserah kepada allah swt.

dan kini..



beliau telah membuktikan iltizamnya.untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya di dunia akhirat.CATRIONA BAHRIN ROS yang dahulunya tidak bertudung telah tampil di celah2 khalayak ramai dalam keadaan yang penuh sopan santun,bertudung,menutup aurat serta selesa berjubah.beliau telah menemui apa yang dipanggil ketenangan berada lebih dekat dengan allah swt.allahuakbar..beliau tidak segan untuk berkongsi cerita dan kisah pengalaman hidupnya yang telah merubah dirinya dan penampilannya ke arah menjadi muslimah sejati.

begitulah hidayah yang allah ingin berikan kepadanya.selagi tidak sampai ajal seseorang selagi itulah seseorang itu tetap hidup menghirup nikmat2nya.

sahabat2..

jangan ditunggu sehingga berlaku sesuatu yang tidak diingini baru kita ingin bertaubat sebenar2 kepadanya.selagi jantung kita masih berdegup,selagi paru2 kita masih bisa mendapat udara dari alam sekeliling, selagi itulah kita perlu sentiasa memohon ampun kepada allah atas segala dosa2 kita kerna dikhuatiri kita tidak sempat untuk bertaubat saat ruh di kerongkongan..

basahkanlah sentiasa lidah kita dengan zikrullah.semoga ia menjadi penenang jiwa resah..wallahualam..

No comments: