Monday, July 18, 2011

..wan yang tersayang..



 15 Julai 2011 pada waktu 9.25 pagi.itulah tarikh keramat yang tak dapat dilupakan dalam kamus hidupku. sekelip mata sahaja "wan" ( panggilan manjaku sebagai cucu kepada nenekku) telah mengakhiri kamus hidupnya di dunia ini..innalillah..sesungguhnya hanya allah sahaja mengetahui perasaanku ketika itu..tapi sebagai seorang muslim sy perlu yakin segala2nya adalah milik allah.dan allah jualah yang berhak ke atasnya.hatta diriku ini juga adalah miliknya yang hak.


sy tidak mahu memulakan entri kali ini dengan linangan air mata.sy sudah tidak berdaya lagi untuk mengeluarkan air mata kesedihan atas pemergian wan.cukuplah atas segala perasaan sedih yang melanda seluruh jiwaku pada hari itu.sy redha dan pasrah dengan ketentuan allah.sesungguhnya pasti ada hikmah di sebaliknya.sebagai seorang cucu perempuan wan yang pertama sy ingin mengimbau kembali dan berkongsi kenangan berharga yang sempat sy lalui sepanjang hayat wan..


wan ku adalah seorang wanita yang sangat-sangat menjaga waktu solatnya.walaupun sudah lanjut usia namun wan tetap berusaha untuk menjalankan amal ibadah sebaik mungkin.tidak pernah sekalipun wan meninggalkan solat dhuha yang sentiasa menjaadi amalannya.sesudah menunaikan solat dhuha, wan pun terus turun ke halaman rumah utnuk melihat dan menyiram pokok2 bunga kesayangannya yang sentiasa dijaga rapi.wan memang sangat sukakan pokok2 yang cantik.itulah teman dan penenang jiwa wan pada setiap pagi dan petang.


sy masih lagi ingat pada hujung minggu persekolahan pada hari jumaat, sy dan keluarga serta saudara mara seadik beradik ayahku sering berkumpul bersama2 pada pagi jumaat. kami terasa sungguh meriah dan seronok sekali meluangkan masa bertanya khabar sesama ahli keluarga setelah seminggu tidak bersua.hari jumaatlah hari yang paling gembira buat wan kerana pada hari itu wan dapat melihat cucu-cucunya dengan pelbagai kerenah dan telatah yg mencuit hati. sy sering meluangkan masa duduk di samping wan sambil mengurut dan memicit-micit badan wan.kadang2 wan mengadu terasa lenguh2 di belakang. namun sy seronok dapat memberikan sedikit bakti pada wan.


pada musim cuti sekolah, sy bersama seorang sepupu perempuan yang rapat, Madihan akan meluangkan masa untuk bersama2 bermalam di rumah wan.entah kenapa setiap kali sy mendapat tahu yang ibu bapaku akan ke rumah wan, setiap kali itulah jiwa sy merasa seronok dan tenteram.mungkin allah telah memberkati rumah wan yang tidak jemu2 beribadah kepadanya sehinggakan sesiapa yang masuk ke rumah wan merasa aman dan tenteram. 


pabila waktu hampir larut malam, wan menyibukkan dirinya mencari selimut dan bantal untuk sy dan spupu. wan ingin melihat cucunya selesa tidur di rumahnya.menjelang waktu tengah malam, sy dapat melihat cahaya lampu yang terang benderang di ruang tamu rumah wan. rupanya wan sudah pun bangun daripada tidurnya.malah wan sudahpun siap mandi dan membersihkan dirinya.pada waktu tengah malam juga wan duduk di atas kerusi kayunya (kerana tidak larat untuk berdiri) khusyuk menunaikan solat tahajuud dan solat2 lain.selepas itu terdengar alunan suara wan membaca kalam suci allah, alquran al karim..kalam itu telah menusuk jiwa ku memberikan rasa tenteram dalam jiwa cucunya yang mendengar..subhanallah..


pabila menjelang waktu subuh wan segera mengetuk pintu bilikku untuk mengejutkan sy dan spupu bangun menunaikan solat subuh. setelah menunaikan solat..wan sering memberikan nasihat2 kepada cucunya supaya sentiasa menjadi anak yang solehah..menjaga solat..sentiasa ingat azab allah supaya takut membuat segala yang allah murka..


wan sering menyebut tentang betapa gerunnya dia terhadap azab allah di akhirat kelak. oleh sebab itu wan tidak pernah jemu meluangkan masa pada waktu malam untuk beribadah dengan sekhusyuk mungkin. wan selalu berpesan padaku supaya sentiasalah jadi org yang dapat memperjuangkan agama allah bukannya org yang meruntuhkannya..serta mencari suami yang soleh yang dapat membimbing diri kesyurga..


setiap pagi mulut wan tidak pernah lekang daripada selawat dan zikir. wan juga sering mengingatkan ki (datuk) untuk berselawat. subhanallah..untungnya suami isteri ini yang sering ingat memperingati..sy mengerti perasaan seorang nenek yang kesunyian di rumah.oleh sebab itu wan sering mengajakku untuk tidur beberapa malam lagi di rumahnya.namun apa kan daya kerana aku perlu meneruskan persekolahanku..


antara perkara yang sy sangat bangga mempunyai nenek seperti wan ialah wan tidak pernah merasa kekok untuk menyumbang seberapa banyak mungkin kepada anak2 yatim..orang2 miskin..jiran tetangga dan juga cucu-cucu.setiap kali sy bermalam setiap kali itulah wan dan ki memberikan 'upah' yang berupa wang ringgit dan juga kain2 baju...mungkin mereka terlalu gembira kerana ada anak cucu yang menemani.padahal tidak terlintas walau secebis di hatiku untuk mendapatkan ganjaran yang sedemikian. sy hanya ingin melihat wan dan ki gembira dengan menemaninya..


terlalu banyak kenangan bersama arwah  jika sy ingin ceritakan di sini.. namun biarlah itu semua menjadi kenangan yang bersemadi di dalam mindaku..banyak amalan2 dan kebaikan yang dapat sy contohi daripada wan yang tersayang..doa kupanjatkan semoga wan sentiasa dikurniakan rezeki di sisi allah swt selama-lamanya..tenanglah roh wan  di sisi tuhan yang maha pengasih maha penyayang.


al- fatihah..

1 comment:

~cik fitriah~ said...

takziah asmaa'

alfatihah