Tuesday, July 12, 2011

panorama pagi..




Di suatu pagi pabila kenderaan yang dipacu bapaku merentas jalan raya yang mula dibanjiri oleh kenderaan lain untuk ke destinasi masing-masing.SUBHANALLAH..aku merasakan begitu indah pagi itu. keindahan pagi yang disertai kedinginan suhunya yang memberikan satu rasa nyaman..udara yang dihirup terasa cukup segar sekali sambil mataku melihat pemandangan sekeliling. cahaya matahari terbit sungguh menarik perhatianku.aku melihat kiri dan kanan jalan.pelbagai panorama dapat ku tangkap. 


aku dapat melihat seorang pakcik tua sedang menunggang motosikal lamanya. lengkap berbaju melayu  serta berkopiah di atas kepalanya yang hampir separuh botak dan beruban itu membuatkan ku sungguh terharu. duhai pakcik..dirimu sudah dimamah usia.begitu tinggi darjatmu di sisi allah kerana lebih banyak ilmu dan pengalaman yang engkau miliki berbandingku.walaupun kudratmu semakin lama semakin lemah namun engkau mampu menunggang satu satunya motor burukmu untuk meluangkan masa mendengar kuliah pagi..sedangkan aku..dengan apa aku mulakan pagiku...


beberapa kilometer di hadapan aku melihat seorang ibu sedang memimpin tangan anak perempuannya yang masih kecil.pada pengamatanku mungkin kanak-kanak itu berusia dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun.begitu manis sekali mengenakan tudung merah jambu. duhai anak kecil..begitu beruntung dan mulianya dirimu kerana jika allah mengambil nyawamu sekarangpun, engkau masih tetap tidak mempunyai sebarang dosa. jadilah dirimu anak dan wanita yang solehah apabila kamu besar kelak.jadilah anak yang mendengar permintaan dan suruhan ibu bapamu.masa depanmu masih begitu jauh sekali.


turunnya aku dari kereta bersama bapaku..aku melintas ke seberang jalan.namun tiba2 ada sebuah motor yang sdang memecut laju.hampir sahaja merempuh diriku.innalillah..mataku sempat menangkap pembonceng motosikal tersebut.dia seorang remaja lelaki. dengarkan duhai remaja. engkau mempunyai masa depan yang masih jauh.janganlah memusnahkan masa depanmu semata-mata untuk memuaskan nafsu yang sentiasa mengajakmu kepada kehancuran.janganlah nyawamu melayang barulah dirimu ingin bertaubat.menyesal kemudian tiada gunanya.gunakanlah kelebihanmu sebagai remaja utnuk menyumbangkan sesuatu kepada agamamu,masyarakatmu dan dirimu sendiri.apa erti hidup jika tidak dapat memberi walau secebis??


anggaplah sesuatu yang berlaku dalam hidup anda sebagai tarbiah dari allah.yang baik perlu dijadikan teladan.yang buruk jadikanlah sebagai sempadan.tidak perlu untuk membatasi sempadan yang bisa membawa diri anda ke lembah kehinaan dan kehancuran..wallahualam..

No comments: