Tuesday, July 5, 2011

TAUBAT SEORANG HAMBA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


 Apabila berbicara tentang perihal dosa, pasti kita akan merasa takut dan tidak selesa dengan perkataan ' dosa' itu sendiri bukan. itulah sebenarnya sifat2 dosa yang menjadi batu penghalang bagi diri kita untuk mendekati Allah. tidak ada gunannya  melakukan kebaikan sedang dosa lama tidak mahu ditinggalkan. cukup sukar bagi kita untuk meninggalkan perbuatan lampau yang mendatangkan dosa apabila ia sudah menjadi sebati dalam jiwa kita. oleh itu sentiasala pujuk diri dan hati kecil kita untuk terbiasa dengan zikrullah dan selawat setiap masa. sudah lumrah manusia menjadi lupa untuk mengingati tuhan yang menciptanya namun terlalu besar nilainya di sisi ALLAH jika kita sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Mencipta..

MAHU DENGAR CERITA BENAR??

tersebut satu kisah yang telah berlaku ratusan tahun dahulu pada zaman Nabi Isa AS. baginda sentiasa menyeru kaumnya untuk mengenal dan menyembah ALLAH yang esa. pada suatu masa di zamannya , telah ditakdirkan allah bumi pada waktu itu dilanda kemarau yang amat hebat. cuaca menjadi panas terik. matahari memancarkan sinarannya sehingga terasa seolah-olah ianya hanya sejengkal di atas kepala. habis semua air kering kontang. maka segala jenis tanaman dan tumbuh- tumbuhan pun turut menjadi layu, kering dan akhirnya mati. maka runsinglah kaum  manusia pada waktu itu. apakah yang mereka mahu makan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka? bagaimanakah mereka ingin mendapatkan sumber air sedangkan sumber airnya sudah menjadi kering kontang.??

maka dengan sebab itu Nabi Isa AS telah menyeru kaum Israel pada masa itu untuk melakukan solat bagi memohon kepada ALLAH SWT bagi menurunkan hujan. seramai 70 ribu kaum Israel telah berhimpun disatu padang bagi memohon pertolongan allah agar hidup mereka tidak menjadi sukar lagi dengan ketiadaan air hujan.

baginda terus berdoa dan memohon kepada allah dengan sepenuh hati agar allah memakbulkan permintaan  mereka semua..

sahabat sahabati seklian.jika diikutkan doa seorang nabi adalah doa yang paling mudah untuk dimakbulkan allah.namun dalam peristiwa ini adakah allah memakbulkan doa seorng rasul berserta kaumnya itu?..

Malangnya allah tidak dapat memakbulkan doa Nabi Isa AS dan kaumnya kerana di antara 70 ribu orang yang berkumpul pada waktu itu terdapat seorang hamba allah yang sepanjang hidupnya sering bergelumang dengan dosa2 besar. hidupnya sudah sebati dan lumat dengan dosa yang dilakukan sehari-hari.kerana pemuda itulah menyebabkan allah tidak dapat menerima doa mereka.allahuakbar..

kemudian  nabi Isa AS telah membuat pengumuman dan memerintahkan kepada kaumnya " wahai pemuda yang sering melakukan maksiat sepanjang hidupnya, keluarlah kamu dari sini sekarang juga. kerana engkaulah allah tidak menurunkan rahmat dan hujan dari langi!!t "

APAKAH YANG DILAKUKAN PEMUDA ITU??

 rupa rupanya pemuda itu juga ada di antara kaum yang berkumpul. dia telah mendengar perintah dan arahan daripada nabi Isa AS. pemuda itu dapat merasakan bahawa kepada dirinyalah ditujukan perintah tersebut. setelah itu, pemuda tersebut memandang ke kiri, lalu ke kanan dengan rasa yang serba salah..lalu dengan serta merta dia tunduk sujud sambil kepalanya menyembah bumi.." wahai tuhanku..engkau tidak pernah membuka aibku ketika aku melakukan dosa kepadamu..hidupku sepanjang hari berbekalkan dosa dan maksiat kepadamu..ya allah..aku memohon ampun dengan sebenar-benar ampun kepadamu...ya allah janganlah engkau membuka aibku di hadapan khalayak ramai ini.........

belum lagi pemuda terssebut menghabiskan kata2nya tiba2 langit yang terik dan cerah bertukar hitam dan gelap.cuaca yang panas tiba2 diselubungi rasa sejuk..tidak lama setelah itu hujan lebat turun mencurah-curah dari langit allah..subhanallah...akhirnya allah telah memakbulkan doa mereka disebabkan taubat pemuda tersebut..allahuakbar...

sahabat sahabati yang diredhai allah..

tatkala kita betul2 menyesali perbuatan dosa yang kita lakukan sehari2, adakah pernah kita merasa putus asa dari rahmatnya? adakah kita merasakan bahaawa allah sudah tidak dapat mengampunkan dosa kita yang terlalu bertimbun ini? lantas dengan sebab itu kita terus melakukan dosa sehingga ajal menjemput kita?

sungguh allah itu maha pengampun..Dia berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan hambanya yang lalu..meskipun sekiranya kita melakukan kesalahan kecil kepada seseorang dan orang tersebut tidak ingin memaafkan kita,, namun.. allah masih lagi mampu memaafkan kesalahan hamba2nya yang ingin kembali kepadanya walaupun hidupnya penuh dengan dosa yang menggunung...

marilah kita sama2 menjadi hamba yang suka memafkan kesalahan orang lain. dan dalam  masa yang sama elakkan diri kita daripada melakukan maksiat dan dosa walau kecil walau besar kerana mungkin kerana dosa2 kita itu bala dari allah menimpa ahli keluarga dan kaum kita yang lain..wallaualam...

No comments: