Wednesday, July 6, 2011

I EAT EVERYDAY..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


hari yang cukup indah buat semua. semoga kita bisa bangkit dari lena kita yang panjang malam tadi dan dapat memulakan hari dengan jiwa yang penuh bersedia, tenang dan penuh rasa syukur kepada Dia yang telah menghidupkan lagi kita pada hari ini..alhamdulillah..

ANDA SUKA MAKAN??

barangkali anda agak terperanjat dengan soalan yang tiba -tiba begini ya.biarlah saya menjawabnya bagi pihak saya.ya! saya suka makan pelbagai jenis makanan.seafood, pizza, burger,soto, rendang dan sebagainya. masakan yang baru juga sangat menarik untuk dirasa.pasti anda juga begitu bukan. itu sekiranya kita membicarakan soal makanan. apakata jika kita masuk bab air minuman pula..emm terbayang dalam minda saya air root beer float dengan topping aiskrim vanilla di atasnya..masya allah..sungguh nikmat sekali jika dapat menikmatinya sekarang...

sahabat yang dirahmati allah swt,

bukanlah kita makan sekadar untuk mengenyangkan si perut yang kelaparan setiap masa. setiap hari kita dapat merasa makanan yang berbeza-beza jenisnya serta rasanya..nikmat sekali jika kerongkongan kita dapat merasai kelazatan rasa dan aroma makanan itu bukan.

APA MAKANAN KITA??

mari kita sama2 renungkan sejenak apa yang kita makan selama ini. sebuah hidangan yang tersedia di hadapan kita .kelihatan ikan, nasi, ayam,sotong,sayur bayam,kacang panjang, ikan bilis.semuanya ada di dalam hidangan tersebut.satu persoalan yang ingin dibangkitkan.pernahkah kita terfikir dari mana makanan2 ini datang hingga ianya dapat terhidang dengan mudahnya di hadapan kita.??

jika direnung dan difikirkan kembali serta memperhalusi lagi pemikiran kita sudah tentu kita akan menyedari bahawa semua yang kita santap itu adalah berasal dari makhluk2 yang telah diciptakan oleh allah swt.

sayur bayam yang anda nikmati sebentar tadi berasal dari sebutir biji benih yang kecil.apabila ditanam ia mula mengeluarkan daunnya yang hijau lagi berkhasiat.ikan yang anda lahap sebentar tadi  berasal dari telur ikan yang telah ditakdirkan dapat membesar dan menjadi rezeki kepada anda sebentar tadi.butir2 nasi yang halus dan sama saiznya yang ada dalam pinggan di hadapan anda juga berasal dari benih yang dicipta allah supaya ia dapat tumbuh dengan suburnya dan menjadi makanan buat anda supaya anda dapat menerusksan hidup dengan selesa dan bukannya dalam kelaparan.

sahabat sahabati yang diredhai allah swt,

semua yang masuk ke perut anda sebentar tadi telah diciptakan oleh allah.jika kita terlalu sombong untuk mengakuinya, cuba namakan satu makanan yang seratus peratus diciptakan oleh manusia sendiri.TIDAK ADA!...TIDAK AKAN ADA!..

Allah telah menetapkan rezeki yang cukup bagi kita setiap hari.bahkan semut yang kecil itu juga mempunyai rezekinya yang tersendiri inikan pula manusia yang dimuliakan oleh allah swt.

oleh itu, malulah kita kepada allah sekiranya kita sengaja menjauhkan diri kita darinya.sengaja mencari murka allah sedangkan setiap hari kita menikmati apa yang telah diciptakan allah kepada kita. adalah tidak wajar sekali kita mencaci si pemberi nikmat sedangkan pada masa yang sama kita menikmati nikmatnya..

wallahualam..

No comments: