Monday, August 8, 2011

SI MUFLIS



Rasulullah saw pernah bertanya kepada para sahabat tentang apakah itu  MUFLIS? maka para sahabat pun menjawab." ya rasulullah mengikut apa yang kami fahami muflis itu adalah satu keadaan di mana tiadanya modal dan tidak ada barang". begitu juga para sahabat lain memberi pendapatnya masing2 mengikut kefahamannya.


sahabat2 yg dirahmati allah swt,


sebagaimana yang kita ketahui muflis itu juga samalah ertinya dengan "bankrap". seseorang yang mengalami bankrap sangatlah susah hidupnya.dengan ketiadaan walau sebarang modal amatlah menyeksakan dan terasa hidup di dalam kesempitan.

namun apa yang Rasulullah saw ingin terangkan dengan maksud muflis di sini bukanlah muflis seperti yang kita sangkakan. MUFLIS yang dimaksudkan rasulullah adalah seseorang yang pada hari akhirat kelak dia datang dengan membawa pahala dari solatnya, puasanya serta zakatnya. namun begitu sahabat2 disebabkan orang ini  pernah melakukan 5 perkara ini,,pahalanya sedikit demi sedikit berkurangan kerana diberi kepada kepada orang lain disebabkan perbuatannya sendiri. yang lebih menyedihkan lagi ialah bukan sahaja pahalanya kering malahan juga dia terpaksa menanggung beban dosa orang lain sebagai ganti rugi perbuatannya di dunia dahulu..

begini sabda nabi kita..


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu tahu siapa orang muflis? Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

sahabat sekalian..apakah 5 perkara itu?

ya..5 perkara itu ialah "..memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang..."  

jika setakat muflis di dunia masih ada orang lain yang mampu untuk membantu kita dan menolong kita seperti menjual keropok, membantu pekerjaan orang lain..tetapi apakah akan ada seeorang yang dapat menolong kita jika sekiranya kita mengalami muflis di akhirat kelak. nauzubillah.

sentiasalah berusaha dan berdoa agar allah menjauhkan kita daripada perbuatan yang demikian.cuba untuk pelihara lidah kita dari berbicara hal orang lain kerana dikhuatiri mengundang dosa mengumpat, mohonlah maaf sekiranya kita ada mencaci, atau menyakiti dan memukul seseorang sebelum ini..

mudahan mudahan taubat kita diterima Allah. sungguh Allah maha pengampun..wallahualam.

No comments: