Thursday, October 20, 2011

fitrah harapanku

assalamualaikum 

salam pembuka bicara secangkir kasih dipersembahkan untuk semua..

HARAPAN
 
setiap manusia pasti mempunyai harapan di hatinya
harapan untuk berjaya
harapan untuk dikasihi
harapan untuk mendapat pekerjaan yang baik
harapan untuk sentiasa cemerlang dalam setiap pekerjaan

ke manakah kita membawa semua harapan kita itu..
kepada siapa kita menaruh segala harapan itu
dapatkah kita mengharapkan seorang insan lain untuk merealisasikan kesemua harapan kita itu

duhai sahabat
buka mata kita
buka minda kita
tahukah kita punya penjaga??
tahukah kita ada ALLAH yang maha hebat dalam segala perkara??
tahukah kita bahawa Dia sentiasa menanti doa dan harapan dari hamba-hambanya untuk dimakbulkan??

duhai diri..
buka mata hatimu..
jangan terlalu angkuh untuk menadah tangan memohon doa dari yang maha memperkenankan doa.

ya allah makbulkanlah doa hamba-hambamu ini..
amin ya rabbal alamin..

 taqabbalna ya karim..

No comments: