Wednesday, November 2, 2011

taubat sang pencinta..

 


setiap dari kita sentiasa melakukan dosa.dikala sedar atau tidak..dosa kita tetap bertambah..pernah anda terdengar perihal dosa diibaratkan sebagai titik hitam yang bertapak pada hati kita??

ada orang merasa cukup gelisah tatkala menyedari dirinya telah melakukan sesuatu yg dilarang allah..banyak sebabnya..sebagai contoh..bercakap tanpa berfikir dahulu, bersangka buruk dengan kawan2, derhaka pada ibu  bapa, sengaja tidak hadir ke kelas, berfikir perkara yang dilarang allah, terlalu rindu pada "bukan  mahram"..

ada pula yang tidak langsung merasakan apa2 seolah2 mereka tidak melakukan kesalahan walau sedikit..astaghfirullah..

ayuh sahabat2 pembaca..

kematian tidak begitu jauh dari kita.setiap hari berita kematian menerjah ruang telinga kita..mahukah kita bertemu allah dalam keadaan jiwa yang bersih??mahukah kita untuk bertemu pencipta kita dalam keadaan redhanya bersama kita?? subhanallah..amiin..semoga allah perkenankan harapan kita semua..


sebagai rasul dan org yang paling mulia di sisi allah, nabi kita juga tidak lari dari dosa.namun,,nabi kita bersegera dalam memohon ampun dari rabbnya..

sahabat yg dikasihi ..allah memandang pada usaha kita bukan pada hasilnya..selagi kita berusaha untuk mendampinginya, selagi itulah Allah swt akan bersama kita..

mari kembali kepada fitrah islam..kerana tidak ada yg lebih tinggi dari islam itu sendiri..

mulia kita kerana islam..=)













No comments: