Saturday, December 17, 2011

knp perlu bising?





Tersebutlah kisah di dalam sebuah surau yang kecil dan kemas..terdapat beberapa wanita dalam keadaan bersoff menunaikan solat zohor berjamaah.kelihatan mereka khusyuk sekali menghayati setiap bait kalam di dalam solat.pada masa yang sama juga  di suatu sudut terlihat satu kumpulan kecil beberapa remaja perempuan sedang bercakap-cakap.aku juga dapat mendengar apa yang diucapkan.jelas.satu persatu.walaupun mereka sedang bercakap dalam nada orang berbisik.namun masih lagi aku mampu mendengarnya.

hatiku menyoal.agaknya mereka yang sedang solat ni dapat mendengar sepertimana aku mendengar kah?tapi mereka nampak khusyuk.ah..mereka pasti hanyut diulit kekhusyukan di dalam solat.


usai menunaikan solat kelihatan  seorang sahabat datang kepadaku.saya nak cakap sikitla jannah.saya sebenarnya sedih tau.tiap kali saya solat je mesti ada yang bising kat blakang.saya susah sangat nak datangkan khusyuk tu.kalau surau ni takde orang pun belum tentu saya mampu khusyuk sepenuhnya.inikan pula orang bercakap2.makin perlahan dorang bercakap makin fokus lagi telinga kita nak dengar..saya sangat sedih.kalaulah macam ni kualiti solat saya, malu saya nak lihat amalan saya di akhirat nanti..air matanya mengalir jernih..


terdiam....

allahuakbar.ampunilah dosaku dan sahabat2ku.ampunilah dosa dan kesilapan yang kami tidak sedari.

“Sungguh telah memperoleh kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang berlaku khusyuk di dalam solatnya.” (AL MUKMINUN : 2)


Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda: ” Banyak 

sekali orang yang solat hanya mendapatkan penat

 berdiri” (H.R. Nasai: hasan).



Rasulullah s.a.w. bersabda
قال النبي صلى الله عليه وسلم ( أول شيء يرفع من هذه الأمة الخشوع ، حتى لا ترى فيها خاشعا .)
Yang pertama akan hilang dari umatku adalah khusyuk 
 hingga kamu  tidak lagi melihat orang khusyuk. (H.R.
 Tabrani. Sahih)

p/s: adakah anda pernah mengalami situasi ini? sebagai yang bersolat atau yang bercakap? refleksi diri.

No comments: