Monday, December 12, 2011

QALBUN SALEEM: IBADAH SEPENUH HATI, NIKMAT KUKECAPI..






Sudah sampaikah kita pada tahap qalbun saleem atau hati yang sejahtera? apakah kita pernah berfikir sedemikian? apakah selama ini kita menyangka bahawa hanya orang orang tertentu sahaja yang layak untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain.? 

Perkara yang sering merunsingkan kebanyakan  org ialah perlakuan, cara mereka berpakaian, tutur kata, ketandusan ilmu dan sebagainya. ada pula antara mereka yang berlepas diri memberikan alasan mudah seperti "aku tak layak la..xde ilmu..kau lagi layak.." 

Semua orang adalah da'ie=penyeru kepada kebaikan.tanpa seruan bagaimanakah islam itu mampu sampai kepada orang lain. lupakah kita bahawa islam yang kita anuti sekarang ini adalah berpunca dari seruan para rasul allah yang terdahulu ?? sekiranya para rasul tidak melaksanakan tanggungjawab mereka menyeru manusia ke jalan yang diredhai allah, adakah kita mampu menjamin diri kita seperti keadaan sekarang? adakah kita dapat menjadi seeorang yang kenal akan islam?

firman allah:
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran 3:104)

siapakah penyeru itu jika bukan ANDA?

pernahkah kita mendengar hadis nabi berkenaan pemimpin?
tahukah kita semua adalah pemimpin?

sabda nabi muhammad:
"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."

Begitu banyak contoh kepimpinan yang dapat kita serat dari kehidupan para nabi dan rasul terdahulu.mereka tetap sentiasa istiqamah menyampaikan dakwah dan merendah diri kepada Allah walaupun mereka adalah sangat mulia di sisi Allah.

Tugas menyeru kebaikan ini adalah tugas mulia oleh kerana ia adalah sunnah rasul allah.

Satu motivasi untuk para dai'e sekalian..

"Dengan sebab usaha dakwah kamu, seseorang lelaki mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T itu adalah lebih baik dari unta merah(unta yang paling mahal di sisi orang-orang Arab)" -HR. MUSLIM


"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, nescaya baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikitpun pahala-pahalanya itu. Dan sesiapa yang menyeru kepada kesesatan, nescaya baginya dosa seperti mana dosa orang yang mengikutnya tanpa mengurangi sedikitpun dosa-dosanya."-HR. MUSLIM







No comments: