Ayuh teman2 mari kita renungkan dan fikirkan..
mengapa hal seperti ini boleh berlaku secara meluasnya ? adakah teknologi yang ingin disalahkan? mengapa pula kita tidak pernah mendengar peristiwa pembuangan bayi yang dahsyat sebegini pada zaman rasul dan sahabat?
di manakah salahnya ibu mendidik dan apakah kurangnya sehingga ramai antara para pewaris generasi bangsa ini terjerumus ke lembah kehinaan?
sekiranya anda seorang doktor dan seorang pesakit wanita (gadis) datang bertemu anda untuk menggugurkan kandungan luar nikahnya.cuba anda soal mereka?
selama ini adakah awak menjaga solat?
pernahkah awak meninggalkan solat fardhu dalam 1 hari?
awak tahu membaca al quran?
bagaimana hubungan awak dengan keluarga?
simple.kebanyakan antara mereka adalah yang tidak menjaga solat atau langsung tidak menunaikan solat.apakah kaitannya solat dengan perbuatan haram?
Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan dirikanlah
solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah
perbuatan keji dan mungkar.."
solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah
perbuatan keji dan mungkar.."
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu
jalan yang buruk.”
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu
jalan yang buruk.”
Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
sebagai doktor muslim kita seharusnya back to the
basic.bukan sekadar bercakap tentang ubat akan
tetapi kita perlu mengambil peluang untuk mendekati
masyarakat yang bermasalah.membacakan ayat2
allah mudah mudahan dapat menjadi pengubat hati
mereka.
basic.bukan sekadar bercakap tentang ubat akan
tetapi kita perlu mengambil peluang untuk mendekati
masyarakat yang bermasalah.membacakan ayat2
allah mudah mudahan dapat menjadi pengubat hati
mereka.
Jiwa remaja yang kian kontang dari makanan
rohaninya adalah salah satu sumbangan terbesar
dalam kes jenayah negara.kebahagiaan bukanlah dari
mimik wajah mereka tetapi kebahagiaan yang hakiki
itu adalah hati mereka yang penuh terisi dengan
pelbagai peringatan dan nasihat.

Kita harus yakin,semua manusia dilahirkan dengan
fitrah Islam.dan untuk mencapai kebahagiaan jiwa,
kita perlu berbalik semula kepada fitrah kita itu.
fitrah Islam.dan untuk mencapai kebahagiaan jiwa,
kita perlu berbalik semula kepada fitrah kita itu.
Pesanan buat remaja di luar sana dan yang sedang membaca, tinggalkanlah perkara yang meresahkan jiwamu..kejarlah dan cuba untuk menggilap hatimu segilap gilapnya dengan zikrullah dan al quran.adukanlah segala galanya pada allah yang maha mendengar segala rintihan hambanya..
''Dan (demi) jiwa dan penyempurnaannya, maka Allah
mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan
ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang
yang mengotorinya.'' (QS Asy-Syams [91]: 7-10).
Sampai di sini sahaja.akhir kalam semoga bertemu
kembali insya allah=)
kembali insya allah=)
No comments:
Post a Comment