Saturday, December 10, 2011

BEGIN WITH THE END IN MIND??

 


Bermula dari penghujung? apa yang anda faham dari persoalan ini? perlukah kita untuk memikirkan penghujung sesuatu benda sebelum memulakannya? 

Ya.itulah yang dipanggil MATLAMAT. Matlamat adalah suatu destinasi yang telah ditetapkan oleh kita. seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat atau matlamatnya itu tidak kira walau apa cara sekalipun.

Sebagai contoh mudah, anda ingin pulang ke kampung kediaman anda di Pahang, akan tetapi malangnya bas yang anda naiki melencong dari jalan yang sepatutnya.lalu apakah tindakan anda yang berada dalam situasi ini?hanya berdiam diri? sudah tentu tidak! anda akan berusaha untuk memberitahu kepada pemandu bas tersebut bahawa jalan yang dilalui adalah salah.dan pemandu itu pasti akan u turn ke jalan yang yang betul agar anda dapat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

lalu apakah yang menyebabkan anda mampu menyelamatkan diri anda daripada tersesat dan menghabiskan duit? KERANA ANDA ADA MATLAMAT. 

Analogi yang lain diberikan.seorang pelajar a dan pelajar b. kedua duanya ingin menduduki peperiksaan.pelajar a  memasang matlamat untuk mendapat 9A dalam peperiksaan nanti. manakala pelajar b hanya bercita cita untuk lulus satu mata pelajaran sahaja.fikirkan.adakah cara mereka berdua mengulang kaji pelajaran adalah sama??

sudah tentu TIDAK bukan?yang bercita cita tinggi pasti akan berusaha lebih manakala yang kurang bercita cita  sudah pasti akan mengulangkaji sambil lewa.

tanya diri anda sekarang..

kenapa anda ingin belajar?
kenapa anda perlu membaca?
kenapa anda ingin menjadi seorang doktor atau pensyarah?
kenapa anda melakukan sesuatu perkara?
kerana apakah anda melakukan semua itu?

tanya diri anda...

sebagai seorang muslim pastikan setiap amalan kita tidak sia sia.
walau sia sia di mata manusia
biarlah ia bernilai di sisi Allah
kerana hanya allah yang akan memberi ganjaran kepada kita..
mulai sekarang mari kita ikhlaskan niat berbuat sesuatu hanya kerana Allah..




  

No comments: