Friday, November 25, 2011

penyesalan..



Seringkali kita merasa menyesal tatkala melakukan dosa.dosa itu adalah sesuatu yang mendatangkan rasa tidak senang kepada qalbu dan kamu tidak ingin org lain mengetahuinya.mungkin setelah kita menyedari bahawa memperkatakan hal yang tidak enak tentang seseorang selepas itu timbulnya rasa menyesal serta berazam untuk tidak melakukannya lagi.


namun tatkala tiba hari esok,,mudah sahaja untuk kita melupakan hasrat dan keazaman kita itu bukan?mudah sahaja kita tertipu dengan godaan sang syaitan yang tidak pernah putus asa membisik ke telinga kita untuk meneruskan perbuatan dosa lama yang pernah kita sesali itu.

maka, perbanyakkanlah istighfar,mujahadah melawan nafsu yang selalu tewas dengan pujuk rayu iblis laknatullah.mohon dan berdoa kepada allah agar hati kita sentiasa kuat menelurusi bahtera kehidupan yang sementara ini..

wallahualam.

No comments: