Wednesday, November 16, 2011

ISLAM...the way of our life






MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam
ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.
Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk
kepada perintahNya tanpa membantah.

HAKIKAT ISLAM

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu
dan undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya
mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun
sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang
ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air,
udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku,
tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang
dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan
manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk
kepada ketentuan tabi’i sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air,
makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabi’i yang berkenaan dengan
hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam
gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk
seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan,
dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota
ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabi’i. Mereka tidak akan berbuat
apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.
Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan
tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai kepada
butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa.
Apabila setiap yang ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini
maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia
mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat
semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi
laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah
benda-benda Muslim (yang menundukkan din — pent). Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah
benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim. Bahkan juga manusia


yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda
kebesananNya, atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan
yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Yang demikian
itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan sesuai dengan apa yang telah
digariskan Allah Ta’ala di dalam undang-undang yang mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup
dan matinya. Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan
agama Islam: kerana ia tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti
undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya untuk
menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan — pent.) dan kufur secara bodoh
dan jahat, tidak menganut agama — dalam dirinya — melainkan agama Islam. Demikian juga
kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain daripada Allah tidak menganut sesuatu
agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian juga
hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada
kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya. Maka
semuanya itu telah Islam (tunduk — pent.) kepada Allah dan mengikut undang-undangNya.
Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam
hidupnya ada dua pihak yang berlainan:
Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain,
kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam
pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya.
Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau
ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di
dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.
Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang
mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam
dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda
ketahui terdahulu.
Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan
manusia tergolongan dalam dua golongan:
Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi
dirinya. Ia mengikuti undang-undang syara’Nya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah),
sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabi’iNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah).
Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya
sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri — secara gemar dan ta’at —
kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya.
Dan jadilah ia sekarang — secara qasad dan sengaja — ta’at kepada Tuhannya, yang sebelum itu
dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah
penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan
jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia
menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah
memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan
jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada
Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap
dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana
ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi
panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam
ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui.
Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan
terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi
ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Ta’ala sendiri-Nya.

HAKIKAT KUFUR

Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim
sepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak
menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang
membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak
untuk memperhambakan din kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang
syara’ dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memiih pekerjaan dalam hidupnya. Atau
djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan
kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.

Dengan demikian maka erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Kata orang (ia
menutupi baju besinya dengan bajunya): yang bermakna:
apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi. Maka lelaki seperti itu disebut sebagai “kafir”
kerana ia menutupi fitrahnya dan melingkupinya dengan tudung ke jahilan dan kejahatan.
Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam
fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan
dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi
semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan
pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan
fikiran dan ilmunya melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Ia tiada
melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu
melainkan apa yang membatalkannya.
Anda boleh membayangkan sendiri sekarang apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang
kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata.

FAEDAH - FAEDAH ISLAM

Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan
faedah-faedah apakah yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya.
Dan keterangan yang lampau anda telah pun mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan
alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan Allah. Makmal
alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan
undang undang yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir
urusannya adalah pengatur agung, mempunyai kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik
yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya. Telah anda ketahui juga
bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda
menyaksikan bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa
disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia
menyalahj undang-undang tabi’i.
Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t. telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara
khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk
alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza
kan yang baik dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya,
tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa
dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanahan
rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.
lni adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di
atas kertas peperiksaan yang diletakkan di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa
memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan?
Sebenarnya, tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan
apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki dalam peluang yang seluas luasnya. Jika
jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu kemuliaan
dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka
tertutuplah pintu kemuliaan di hadapan anda.
Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh
ujiannya dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya.
Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam
mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan ma’siat dan kedurhakaan, tidak dapat
mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan
yang nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang
buruk dan perasaannya tentang kewajipan, ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk
di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah jika segala pekerjaannya
menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya.
Seorang lain telah melulusi ujian ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul
daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal penciptanya dan beriman
kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak
tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan
fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah
kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan ta’atsetia
meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka.
Apakah yang telah meluluskannya dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan?
Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik. Ia mengambil faedah daripada
dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan
perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan
yang benar kerana ia mengena yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia
mengikuti yang benar dan langsung memegangnya
Ke’ajaiban apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di
akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh sifat-sifat mulia seperti ini?.
Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus.
Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan
kesudahannya. Orang yang seperti ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam
hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan ilmu dan pandangan,
dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti ke’ajaiban langit
dan bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam
kegelapan syak dan ragu-ragu. Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undangundang
tabi’i. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang tersembunyi. Terbuka baginya
kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara
mengambil manfa’at daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan
gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada
menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya. Dirinya sentiasa tidak terpesong
dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia merasa
menang ke atas tabi’i, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfa’at bagi
dininya, dan untuk menguasai dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia
menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan pertanian, keturunan dan
melakukan penumpahan darah.
Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan saintis yang kafir. Adapun
saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan
akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya
akan kemahaesaanNya, bertambah syukurnya ke atas ni’matNya, dan akan bertambah kukuh
i’tikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai hukum tabi’i melainkan
supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan
kebaikan kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang
sebenarnya kepada Allah Ta’ala atas segala ni’mat yang dikurniakan Nya.
Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari
hakikat dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu
sains dan sastera. Walau bagaimana pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan
manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan yang benar dan tujuan yang
baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat.
Dalam ilmu sejarah ia mengambil pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan
mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya. Ia bersungguh-sungguh
untuk mengenal sesuatu yang memberi manfa’at yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia
mengambil faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan
mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab
yang menimbulkan bencana dan kelemahan.
Di dalam ekonomi, ia memilih cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya
yang memberi manfa’at kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja, melainkan
melingkupi seluruh penduduk muka bumi.
Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada pelingkupan bumi ini dengan asas-asas
keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan berusaha

memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh
peribadi, atau kelompok oleh kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan
adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan untuk membahagiakan hambaNya dan
untuk kejayaan mereka seluruhnya.
Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan
seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan
dizalimi dengan sesuatu cara.
Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak, semua
itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan
pengetahuan bahawa Allah Ta’ala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya;
dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia datang daripada Allah; dan bahawa
manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya
adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang
ditentukan oleh keridhaan Allah Ta’ala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah
ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari yang tiada disangsikan lagi.
Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:
Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan
yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya
danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu
yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan
rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia
tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan
kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak
dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling
dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan
hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta
dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan
takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.
Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia.
Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan
ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak terulur di
depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya.
Tiada seorangpun di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih
daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk
kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada jalan lurus? Dan
harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya?
Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan
pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan pengikut hawa-nafsu. Ia
merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada
kekayaan yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun
dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok. Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan.
Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada itu.
Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada
pandangan mereka, kerana ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada
dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan tiada berbuat jahat kepada seorangpun.
Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan mereka.
Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang
untuk mengasihinya, menghormatinya dan memuliakannya.
Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan
manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa
menghadapi mereka dengan berkata benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya
kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta ganti ke atas kebenaran dan
kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah
memperhatikannya, sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia
ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula
mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.

Apabila anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda
dengan sendirinya menjadi yakin bahawa adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia;
nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang Muslim itu hidup hina-dina di
dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan yang
mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak
mungkin dapat dikalahkan oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.
Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup dunianya. Adapun diakhirat Allah
melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya
mengalir sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan
atas perbuatannya menunaikan amanah, dan kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.
Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dini’mati oleh hamba Muslim di dunia dan di
akhirat.
Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk
sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk
sesuatu masa sahaja. Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang
undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah
ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan lidah
kaumnya.

No comments: