Monday, January 30, 2012

THE WAY OF MY LIFE...

                                       

Seringkali  menerjah ke fikiran bahawa saya sebagai muslim..apa peranan, dan sumbangan yang dapat dilakukan demi agama tercinta yang dianuti sedari lahir ke dunia. kita sebagai muslim sekarang, keislaman kita atas dasar mengikut telunjuk ibu bapa, kawan atau lahir benar2 atas kemahuan diri sendiri..dari lubuk hati yang paling dalam..

alhamdulillah...islamnya kita hari ini adalah satu nikmat tidak terhingga oleh allah buat hamba hambanya yang terpilih. namun adakah kita 100 % yakin pengakhiran hidup kita dalam keadaan islam juga?? ketuk pintu hati, tanya iman..

menjadi seorang muslim bukan bererti kita hanya perlu fokus pada ibadah semata2..solat..puasa..zakat..haji..itu adalah perkara basic dan teras dalam rukun islam.tiada rukun itu tiadalah ciri2 islam itu sendiri.ingin sekali ku bertanya..selama kita menjadi muslim yang sejati pada pandangan kita, apakah kita pernah terfikir hal hal berkaitan perihal sahabat2, saudara2 kita di luar sana.yang hidup di luar persekitaran kehidupan kita? atau dengan kata mudah pernahkah kita mencakna isu2 umat islam di sekeliling kita??

sahabat,
menjadi seorang muslim ada tanggungjawabnya.cuba telusuri sirah rasulullah..rasulullah tidak pernah hidup semata2 untuk dirinya.dalam melakukan amal fardi baginda juga dalam masa yang sama mampu mengajak mereka2 yang lain untuk lebih mendekati islam, mengenal allah.itulah amal islami (kerja2 islam) yang perlu dipelajari dan dititik berat oleh setiap dari kita.

menjadi seorang muslim , terkadang kita terlalu seronok menikmati kenikmatan islam bersama ahli keluarga..apakah yang di luar sana mereka2 juga merasai kemanisan nikmat islam sepertimana kita..fikirkanlah..lakukanlah sesuatu demi kelangsungan islam..mereka juga inginkan islam..mereka juga ingin mati dalam islam..cuma mereka tidak mendapat pendedahan sepertimana kita..


islam itu agama fitrah..semua manusia lahir dalam fitrah islam..kembalinya manusia kepada fitrah asalnya dapat melahirkan ketenangan dalam kehidupan mereka..marilah kita lakukan sesuatu..perbanyakkanlah membaca buku2 karangan ulama2 terkenal seperti "apa erti saya menganut islam" karya fathi yakan..mustapha masyhur dan sebagainya..tambahkanlah ilmu kita tentang bagaimana untuk kita bekerja dan berkhidmat untuk islam itu sendiri..

sesungguhnya hanya allah yang akan membalasnya.. 


No comments: