Sebagai pelajar kekadang dirasakan untuk apa aku belajar..ibu bapa sentiasa menyuruh anaknya belajar..dimarahi pula anaknya jika tidak mahu belajar..supaya menjadi org berjaya katanya..supaya dapat jadi orang berjawatan..gaji banyak..
aduh..
kerana benda2 ni ke aku perlu belajar...?? tak berbaloi rasanya untuk kupertaruhkan 5 tahun hidupku semata-mata untuk buat benda yang tak disukai ni..belajar..exam..banyak lagi benda best boleh buat..lepas habis derita belajar..nak kerja pula..seronok..sebab dah tak perlu belajar..tapi..bila bekerja pun ada macam2 masalah, mehnah dan tribulasi..
perlukah aku belajar???...argh..sempit mindaku memikirkannya..
ustazah pernah sebut satu hadis ni..
Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu
walaupun sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu
itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya
para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu
kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”.
(Riwayat Al Bara)
kawan pula pernah cakap..
Dalam kebanyakan hadis, orang yang mengajar dengan
orang yang belajar adalah sama kelebihannya kecuali :
Malaikat melebarkan sayapnya ke atas orang yang belajar
ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar
hendaklah mengamalkan apa yang telah dipelajarinya (amal
lah apa yang betul, dan tinggalkan apa yang tidak betul
iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan).
dan aku pula pernah terbaca..
Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka
pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan
sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di
lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud).
Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi,
hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut,
semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia
(Riwayat At-Turmizi). Orang yang mengajar kebaikan,
segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang
ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya
(Riwayat Jabir).
suatu hari aku terbaca satu ayat dalam al quran..
Az-Zumar [9] : (Engkaukah yang lebih baik) atau orang
yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan
sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi
(kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna.
allah..dalam quran pun ada sebut beza orang yang berilmu
dengan orang yang tak berilmu ni..kalau belajar dengan niat
yang betul..kerana allah..bukan sebab nak tunjuk
pandai..bukan sebab nak dapat gaji banyak..dan bukan
sebab mak ayah suruh..insya allah mudah saja ilmu tu
menyerap dalam diri..
dengan orang yang tak berilmu ni..kalau belajar dengan niat
yang betul..kerana allah..bukan sebab nak tunjuk
pandai..bukan sebab nak dapat gaji banyak..dan bukan
sebab mak ayah suruh..insya allah mudah saja ilmu tu
menyerap dalam diri..
~jom buang jauh2 malas~
No comments:
Post a Comment