Saturday, April 21, 2012

RHYTHM OF THE SOUL




alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjat kehadrat ilahi kerana dengan nikmat kurniaan serta rezekinya saya berpeluang untuk menjejakkan kaki ke satu program konsert "rhythm of soul" yang julung2 kali diadakan berkat kerjasama tv alhijrah, iluvislam dan banyak lagi..

sungguh menenangkan.itu sahaja ungkapan yang bisa kuungkapkan..berada dalam satu dewan cantik dan dikelilingi oleh zikrullah yang dialunkan oleh  seperti munif, opick, hafiz hamidun ditambah dengan kemerduan suara lunak kurniaan allah kepada mereka bisa membuat yang mendengar merasa kerdil di hadapan penciptanya.subhanallah.

zikrullah pertama berkumandang alunan dari munif (hijjaz).cukup membuat hatiku merasa damai.allahuakbar.

seterusnya dewan bergema lagi dengan kemerduan dan kesyahduan zikir dari ustaz dzulkarnain dan hafiz hamidun..astaghfirullah..astaghfirullah..merasa kekerdilan diri dan dosa yang menggunung.




maka tibala kemuncak konsert..tiba2 dari satu sudut pentas muncul satu kelibat yang ditunggu tunggu.OPICK.lengkap berjubah dan berserban kelihatan seperti seorang imam masjid negara.persembahannya sungguh bertenaga..serta mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang membanjiri..antara zikir dan lagu yang didendangkan "obat hati..dealova..cahaya hati..dan banyak lagi.." 



sempat lagi saudara opick memberi muhasabah.pernah seorang wanita datang kepadanya mengadu tentang kesusahan hidupnya.bermacam keluhan yang diluahkan kepada opick.apa kata saudara opick?? adakah anak2mu menyayangimu..adakah suami dan ibu bapamu menyayangimu..berapa ramai lagi yang menyayangimu?..percayalah allah lebih lebih lagi menyayangi hambanya insya allah.itu tanda cinta allah kepada kita.cinta allah tidaklah setaraf dengan cinta manusia biasa. subahanallah..sejenak bermuhasabah..

tibalah masa opick ingin berduet dengan para penonton di hadapan..dijemputnya penonton tetapi semuanya segan..hehe..maka dipilihnya seorang penonton..bangun seorang berbaju melayu hijau..allah..sekali yang bangun adi putra rupanya..habis kecoh satu dewan terutamanya penonton wanita..maklumlah pelakon popular..=)..




emm boleh tahan juga suara adi putra..tidak sudah opick memuji.



konsert diteruskan sehingga ke penghujung..sejuta penghargaan diberikan kepada penganjur program..mereka dijemput untuk berduet bersama sama opick di atas pentas..sudah tidak terbilang berapa lagu yang dinyanyikan oleh saudara opick kita ni..tapi yang mengagumkan suaranya tetap maintain...subhanallah..benar2 satu pemberian istimemwa..




*semoga konsert sebegini dapat diadakan lagi..sesungguhnya zikir itu penenang jiwa..tiada yang lebih berharga dari sebuah ketenangan =)




No comments: