Saturday, April 7, 2012

MATI ITU PASTI



Detiknya
pasti tiba..
adakah kita..
bersedia...

3..2..1..

"innalillah wainna ilaihi raajiuun.."
"dia dah xde...allah...allah.."

sahabat..

situasi inilah yang bakal setiap dari kita akan hadapi..boleh anda bayang sahabat2 kita yang saban hari kita bergelak ketawa dengannya..saban hari kita berkongsi cerita dengannya..namun kini..semua itu telah menjadi kenangan silam yang pasti takkan berulang lagi..cuba bayangkan..sahabat yang engkau pernah genggam erat tangannya suatu masa dahulu kini tangannya telah bertukar kebiruan..sejuk..dingin seluruh tubuhnya..terkujur kaku dihadapanmu sambil diselimuti hamparan putih..

sebak jiwa membayangkannya..namun itu yang bakal kita hadapi..mungkin sahabat kita..dan mungkin juga kita dahulu yang pergi meninggalkan sahabat setia..

mati itu pasti. sudah muak telinga mendengarnya bukan.namun kita sebagai pendengar..sudahkah kita betul2 mengambil iktibar dan menghayati apakah kematian itu? saban hari dada dada akhbar mengkhabarkan kes2 kematian yang pelbagai..mengerikan..setiap hari..setiap muka surat akhbar..tidak sampai lagikah masanya untuk kita merasa kematian itu begitulah hampir kpd kita..??

kita tidak rasa sebegitu bukan..malah kita merasakan kematian itu terlalu lama lagi utk kita hadapi..masa tua terlalu jauh lagi..perjalanan hidup terlalu panjang lagi..ingin kuajukan soalan..terlalu lama itu..bilakah? anda yakin dan tahu tarikh kematian anda? mengapa dengan yakin lisan dan hatimu bertekad bahawa kematianmu masih jauh?

allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar..

sungguh kematian itu suatu peringatan terbaik bagiku..dengan mengingati bahawa suatu hari nanti kita bakal bertemu allah..maka dengan mudahnya kita tidak akan sibuk untuk bergelumang dengan maksiat..hati itu akan takut..takut kepada yang maha melihat..takut untuk berada di penghakiman allah..

sahabat,

terimalah dengan redha..dunia bukan tempat kita..kita semua pasti meninggalkan dunia ini..walau sepahit jadam sekalipun..Namun allah telah berfirman:

Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.-al anbiya:35



No comments: