Friday, April 6, 2012

RAHSIA SEBUAH KEHIDUPAN





Alhamdulillah jutaan syukur tidak terkira ke hadrat ilahi kerana dengan rahmatnya hatiku tergerak utk membuat satu post setelah sekian lama membeku entah ke mana.kekangan waktu serta aulawiyat dan keutamaan lain terpaksa ku utamakan.alhamdulilllah.

bulan mac telah berlalu maka sekarang kita sama2 melangkah ke bulan penuh berkat..bulan meningkatkan amal..dan menggilap segala potensi yang ada dalam diri.

alhamdulillah.itu sahaja yang mampu ku ucapkan setelah ranjau dan liku yang telah kulalui sebelum ini,.
sahabat, pernahkah dikau merasakan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang allah itu..dalam setiap bait hidupmu galilah dengan teliti hikmah2 yang engkau telah peroleh dari pelbagai perkara yang engkau lalui sepanjang hidupmu.tidak kira perkara itu adalah kesenangan atau sebaliknya.

sahabat,

seringkali kita mudah mengeluh..bosan dan tidak tahu ke mana lagi mahu mengisi masa sedangkan dikau sedar tanggungjawabmu melebihi waktu yg ada.di sini ingin sekali saya membawa sahabat dan para pembaca utk memulakan langkah menilai setiap apa yang kita lakukan..setiap apa yang kita alami..dan apa yang kita perolehi.jangan biarkan kejayaan atau kegagalan berlalu begitu sahaja tanpa sempat dirimu menilainya.

itulah rahsia kehidupan..
pabila diri merasai pertolongannya..walau cuma sekelumit..walau tiada insan lain menyedarinya..sedarlah..bahawa allah dekat denganmu..itu bukti dirimu tidak sendirian..dirimu sentiasa ditemani ar Rahim..

pabila diri mendapat kesusahan..walau cuma sekelumit..walau tiada insan lain yg merasai kesusahan itu..sedarlah..bahwa allah amat dekat denganmu..sayang seribu kali sayang andai diri tidak dapat menterjemah dan merasai kehadiran allah di sisinya..

mari teman mari sahabat..betapa indah rahsia kehidupan kita.ia seolah olah kita berinteraksi dengan sang pencipta..Yang Maha kaya Maha Mengetahui.wallahualam. 

No comments: