Saturday, May 19, 2012

pelita hati

pelita hati



kepekatan malam dihiasi rembulan..

sinar bulan diganti sinaran mentari..

mari ucap subhanallah..


maha pemurah allah yang masih memberi peluang utk kita bernafas dengan baik..tanpa ada sebarang kesusahan untuk bernafas..masih lagi menggunakan pancainderanya seperti sediakala..tiada kekurangan pd pancaindera kurniaannya..

kadang2 tidak terjangka penyakit menimpa..tatkala itu mungkin antara kita mula mengeluh..tidak selesa..terpaksa menelan pelbagai jenis ubat yang pahit..ya tuhan bila ini ingin berakhir...namun tidak lama selepas itu segala kesakitan dan kesusahan hilang..badan kembali segar seperti sediakala..alhamdulillah..hidup kembali aktif seperti sediakala..


sedarkah kita sekian lama kita hidup terlalau banyak bukti dan tanda kasih sayang allah pada kita..

di waktu malam yang hening menangislah dirimu di atas tikar sejadah yang bersih..

mengakulah segala kesalahanmu pada allah..mohon keampunan sebanyaknya..

terlalu banyak kesalahan kita pada allah..kesalahan pada hati..pada tangan ..pada mulut..kesahan pd manusia,,makhluk lain.. dan paling penting pada allah..


sampai bila kita ingin terus merasa bersalah padaNya..??

rasa bersalah itu timbul pabila ada perkara yang mendatangkan titik hitam pada hatimu..

sucikanlah hati itu.mekarkan rasa cinta pada allah..dia yang menciptamu..dia yang memberimu rezeki..dia yang membantumu tatkala dalam kesusahan..


Dialah segalanya..


di dalam solatmu..hayati bait2 ayat yang diungkapkan ..hadirkan rasa cinta dengan sepenuh cinta padaNya..inilah masa untukmu menyerahkan sekujur tubuh padaNya..menyerahkan segala kehidupan padaNya..kerana kelak...dirimu akan kembali padaNya jua...


No comments: