Saturday, June 16, 2012

engkau sahabatku..

segala puji bagi allah...


seiring bersahabat satu akidah

anda punya kawan?berapa ramai kawan anda?.ya..setiap orang pasti punya kawan/ teman masing2.berapa jumlahnya tidak penting.apa yang penting apakah yang menjadi tali pengikat anda dan rakan anda.??

ingin kukongsikan kebahagiaan anugerah allah.sungguh bersyukur hati ini kerana allah mengurniakan teman2 yang sentiasa bersama disisi..memberi teguran dan nasihat di kala diri melakukan perkara yang tidak betul..menjadi penghibur di waktu kesedihan.


mempunyai sahabat yang mempunyai matlamat yang sama..matlamat untuk islam..dengan kata lain bersahabat kerana allah memang suatu yang manis bak madu.walau berjauhan tapi saling mendoakan kebaikan yang banyak untuk temannya itu.allahuakbar..


berkawanlah dengan semua orang..kelak kebaikannya akan terpercik pada kita dan kebaikan kita juga dapat menempias padanya..saling memberi dan mendapatkan sesuatu dari sahabat..give and take.


bersahabat kerana satu akidah tidaklah sama dengan bersahabat kerana harta,,atau kepentingan lain..kadang2 sahabat kita itu tidak punya apa2.namun yang membuatkan kita kasih padanya dek kerana jalinan ukhuwwah itu berdiri atas dasar keimanan dan atas dasar akidah..kemanisan yang terasa tak dapat diungkap....


marilah bersahabat kerana allah..
walau jauh..walau dekat..
doakan sahabat anda dengan kebaikan yang banyak..
malaikat dan makhluk allah yang lain jua akan mendoakan yang sama pada kita..
insya allah..

No comments: