Thursday, June 14, 2012

hakikat sebuah kehidupan..



                                        ustaz yahya othman





mafia goodfelles


apa persamaan pada mereka? ya..mereka telah pergi meninggalkan dunia fana utk selamanya.tidak akan kembali lagi.

yang muslim mahupun tidak semuanya akan menempuh hari akhir..

benar firman allah..

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

(Surah Ali Imran 3:185)


apa yang membezakan mereka??

cuba selami hayat hidup ustaz yahya othman. hidupnya sungguh dipenuhi dengan kesusahan dan kepayahan. berkorban masa tenaga harta demi melihat islam menjadi syiar di bumi allah..
kerana yakin janjinya..

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga buat mereka..." (at-taubah:11)

adakah sama seseorang yang mati di jalan memperjuangkan syiar islam dengan mereka yang mati di jalan kemaksiatan??

bukan di sini utk mencaci yang sudah tiada akan tetapi sebagai pengajaran dan renungan buat kita yang masih hidup


pengakhiran hidup yang baik bermula dari permulaan hidup yang baik.begitu juga sebaliknya.kita yang berhak menentukan pengakhiran hidup kita dengan melakukan apa yang patut pada permulaannya.

bagaimana pula dengan hidup mafia goodfelles?? anda boleh cari sendiri di internet..dunia semakin maju.guna ke arah kebaikan.

mari muhasabah diri..bagaimana pengakhiran hidup kita..??..anda yang menentukan corak perjalanan hidup anda..mari hidup bersama dan untuk islam..

allahuakbar.

*al fatihah buat ustaz yahya othman.




No comments: