Monday, July 9, 2012

atherosclerosis






anda pernah dengar atherosclerosis.? mungkin pernah mungkin tidak.ia adalah sejenis  penyakit di mana lemak dari makanan yg kita makan termendap di sekeliling salur darah dan menjadikan salur darah kita sempit.em apa kesannya kalau salur darah sempit?..

kesannya saangat bahaya.bermcacam bahana dan bahaya menanti.antara kesannya adalah stroke.
anda mungkin biasa mendengar perkataan stroke bukan?..

"jiran sebelah rumah kena stroke..terus meninggal.."

mungkin ini antara perbualan kita dengan ibu bapa kita...




apabila salur darah makin sempit makin kurang jumlah darah yg dapat mengalir ke organ dalam badan kita..kawan2 darah itu penting untuk membekalkan oxygen yg cukup untuk setiap organ penting dalam badan kita seperti otak, buah pinggang dan jantung,kekurangan oxygen akan menyebabkan sel dalam badan kita cepat mati.kesimpulannya apabila sel badan mati..organ mati..empunya badan pun akan...innalillah..

sebab itulah kawan2 kita kena kurangkan makan makanan yg tinggi kandungan lemaknya seperti burger..makanan bergoreng/ berminyak.kuning .telur yang banyak..mayonis..dan macam2 lagi.
kebanyakan punca penyakit bermula dari apa yg kita masukkan dalam badan kita iaitu makanan.
ingat sabda nabi kita??

""Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) 

makanlah makanan yg halal dan baik.i.allah kesihatan kita terjamin.

No comments: