Friday, July 6, 2012

YANG BERNAMA EXAM



“Eh,korang tahu tak, yang kita baca and disscuss semalam, prof cakap tak keluar exam pun!”
“Eh,mana kau tahu? Ala,habis tu macamana? Kita revise dah part tu!”
“Ha’a! Ala, ruginya masa kita semalam. Haih ”
“Macamana ni? Banyak lagi yang kita tak cover ni”
Keempat- empat empunya suara itu diam seketika tanpa kata, tunduk menekur bumi.


Tiba-tiba , “Tak pe, kita buat kerana Dia,kan.Itu yang Dia kira.”Empunya suara itu melempar senyum.
Automatik empat muka yang tadi jatuh,tunduk lemah, mengubah arah.


Mood exam singgah lagi. Hilang semua senyuman manis. Habis padam gurau senda penghibur duka. Kerut di muka makin ketara. Meriah seketika library. Buku di rak hampir kosong. Semua tunduk melihat,membaca,merenung, tak kurang juga yang peluk buku. Fakulti sepi, sepi macam hati kita.

Sepi tanpa dhuha, sepi tanpa Al-quran, sepi tanpa tahajjud dan hajat, sepi tanpa puasa, sepi tanpa senyuman untuk sang sahabat,sepi tanpa tangisan malam takutkan Dia. Fokus dan matlamat sebenar belajar makin hilang dan beralih, apa lagi matlamat sebenar hidup. Hati dan jiwa makin kusut. Lelah mungkin.

Tapi Allah dah kata dalam surah Al-Imran:139
“Janganlah kamu berasa  lemah dan janganlah kamu berasa sedih sebab kamu paling tinggi (derajatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”


Allah kata lagi dalam surah Az-dzariyat : 56
“Dan tidak Aku  menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”


Jadi,rugi lah kita kalau apa yang kita buat ni tidak dihitung sebagai ibadah. Rugilah kita jika penat lelah kita mengusung buku ke sana ke mari sia-sia. Rugi lah kita kalau langkah kita menapak ke library bukan kerana Dia. Rugilah kita jika tambang teksi setiap hari berulang alik dari kampus hangus macam tu je.Rugi lah kita kalau bangun malam kita untuk stay up sunyi dari rintihan dan pengaduan kepada Allah. Rugilah kita kalau sebenarnya, semua penat lelah kita tidak dimasukkan dalam akaun akhirat kita,kan?

 Mari kawan-kawan,berubah.
Mari jadi orang yang beruntung, redha Allah dapat, kejayaan pun dapat.
Mari tune dan tajdid balik niat menuntut ilmu kerana Dia.
Mari ketuk hati kita.
Mari hidupkan jiwa yang lelah.
Mari jadi baru :))

No comments: