Hati merupakan tempat yang utama dalam diri seseorang.banyak
pepatah yang dapat kita temui yang berkaitan dengan hati.antara yang popular
ialah;
“dari mata jatuh ke hati”
“dari hati ke hati”
Apa yang penting sekali adalah soal hati ini juga ada di
sebut oleh junjungan besar nabi Muhammad saw dalam hadis baginda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.
Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya
daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan
Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Tidak kurang juga terdapat novelis terkemuka tanah air yang
menhiasi kulit hadapan novel mereka dengan perkataan “hati” seperti contoh
“bila hati berbicara”.
Bagiku hati adalah satu perkara abstrak yang mempunyai
maksud yang berbeza dari sudut pandangan setiap
orang.namun apa yang penting bagiku hati itu adalah amat penting kepada
kita yang bergelar muslim.tanpa hati kita tidak dapat mengenal dan mencintai
penciota kita. Tanpa hati kita tidak bisa menunjukkan rasa kasih dan sayang
yang mandalam kepada orang yang kita cintai.
“engkau ini memang tidak punya hati perut…!”
Hati sekali lagi menjadi alat untuk menunjukkan sikap dan
sifat seseorang yang kejam dan jahat.ia bisa menjadi alat kepada individu untuk
mengukur kemanusiaan seseorang.
Maha suci allah yang menganugerahi kita hati yang satu
ini.dengan hati yang satu ini, kita bisa merasa nikmat kasih sayang ibu dan
bapa, kaum keluarga, suami, isteri dan anak anak.yang lebih penting lagi kita
mampu untuk merasakan kehadiran dan kewujudan allah dalam diri kita melalui gerak
dan firasat hati.
Di sini saya berminat
untuk memfokuskan soal hati yang selalu menjadi “kegilaan” para adik2
remaja.berbicara soal hati mungkin mereka akan terbayang bentuk2 hati yang
merah…ada yang comel dan ada yang retak.
Duhai adik adikku yang sedang membaca, hati itu perkara
tidak ternilai yang allah beri kepada setiap diri kita.apa tujuan allah
memberikan kita hati? Sudah tentu untuk kita merasakan nikmat cinta
kepadaNya.kerana Allah tahu kita memerlukanNya setiap saat.maka
dianugerahkanlah hati yang berharga itu kepada kita.hati yang satu itu untuk
kita buru cinta yang suci dan agung.pedulikan dan tempislah segala godaan yang
cuba untuk menyerang hatimu dengan cara yang halus.
“cinta monyet” adalah cabaran utama remaja kini.
Duhai adik, jika dirimu menyukai seseorang dalam diam,
mungkin kerana akhlaknya atau perkara2 yang baik yang ada pada si dia ,maka itu
adalah cinta yang matang.namun diingatkan juga duhai adik,,mereka yang benar2
menyimpan rasa terhadap adik akan
memberanikan diri dan berusaha untuk bertemu wali adik untuk menjadikan adik sebagai pasangan hidupnya.itulah bagi
saya cinta yang matang.kematangan amat perlu dalam menjalani percintaan.syariat
islam jangan sekali dilanggar.hawa nafsu jangan sekali dimanjai.latih diri
untuk bersabar dalam mentaati allah..bersabar dari melakukan maksiat.
Berapa ramai remaja di luar sana yang kalah dan tewas dengan
masalah “cinta monyet” ini. saya pernah berfikir suatu hari nanti saya ingin
dapatkan cinta sejati yang bersih dari
dorongan nafsu, yang diredhai dan dengan cara terhormat.adakah dengan cinta
monyet kita akan mendapatkan semua ini? Tidak sama sekali duhai
adik.masalah hati seperti ini memaksa
kita untuk meningkatkan segunung kesabaran dan ketabahan untuk
mengharunginya.
Memang tidak dinafikan
ramai yang telah insaf.tetapi apa gunanya sekiranya diri sudah ‘rosak”
dek kerana terpedaya dengan “cinta monyet “..hingga sekarang tidak dapat saya
huraikan mengapa dikaitkan cinta sebegini dengan monyet. Namun apa yang pasti
..
“Tiada kemanisan dalam bermaksiat kepada allah”
Bersabar dan terus bersabar.
Itulah kunci untuk kita sebagai remaja yang bercita2 untuk
menjadi remaja soleh untuk mengharungi hidup yang penuh ranjau ini.sabar bukan
sahaja dalam beribadah akan tetapi sabar dari melakukan maksiat juga perlu
berjalan seiring.mudah mudahan dengan kesabaran adik2, allah mengurniakan
nikmat kemanisan iman yang tidak terkira kepada adik.insya allah.kita semua
bercita cita untuk mendapat syurga bukan?jadi harus kita semat dalam hati
syurga allah itu bukan untuk dimasuki oleh mereka yang hanya seronok seronok di
muka bumi akan tetapi disediakan untuk
mereka yang bersabar dalam
menghadapi dan mengharungi godaan dan ranjau dalaam kehidupan.
No comments:
Post a Comment