Banyakkan berfikir
Usai menunaikan solat fardhu zohor mataku memandang sebuah
mushaf al quran di atas meja tidak jauh dari tempat solatku.terdetik rasa hati
untuk merenung ayat ayat cinta allah walau sekejap.ku membuka muka surat
tempatku berhenti sebelum ini untukku sambung bacaanku. Suis kipas kupetik dek
kehangatan mentari pada waktu siang yang membahang sampai ke dalam rumah.dengan
izin Nya aku terjumpa ayat ini:
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan
duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.
-ali Imran:191
Ayat ini menjentik hati saya untuk merenung dengan lebih
dalam.apakah maksud allah menurunkan ayat ini kepada kita? Tidak lain tidak
bukan untuk kita berfikir.bukan semua orang berminat untuk berfikir.
“awak buatlah sendiri..malasla saya nak fikir..”
“eeeissh kenapa matematik ni susah sangat…”
“kenapa kambing ada tanduk..kenapa lembu berkaki empat..kenapa..kenapa?”
Dialog2 di atas biasanya dikeluarkan oleh mereka yang tidak
mahu berfikir.kita sebagai orang yang beriman perlu lebih berminat untuk
berfikir.akal itulah anugerah allah yang paling mahal bagi membezakan kita
dengan makhluk lain yang tidak
berakal.setiap perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari pemikiran dan
pertimbangan kita.
Cuba kita lihat hasil kerja mereka yang malas berfikir.sudah tentu kualitinya pun tidak
boleh dibanggakan bukan? Mereka yang malas berfikir akan melakukan kerja sambil
lewa dan tidak besungguh.
Sepatutnya setiap perkara yang kita lihat, dengar dan
perhatikan perlu melalui proses berfikir terlebih dahulu.satu contoh yang saya
ingin kongsikan, anak kecil yang menonton siaran tv cerita –cerita thriller./
ganas .10 minit selepas cerita itu berakhir cuba kita perhatikan gerak geri
mereka. Anda akan dapati mereka akan cuba meniru aksi ganas dalam cerita tersebut.
Satu sahaja pesanan saya buat pembaca..jangan sengaja
membuat eksperimen ini kepada adik2 di rumah.
Daripada contoh tadi dapat kita simpulkan bahawa anak kecil
yang masih tidak tahu berfikir yang mana baik buruknya akan meniru semua yang
dilihat dan yang didengar.hal ini kerana
mereka tidak mampu berfikir terlebih dahulu apakah yang akan mereka
lakukan itu bisa membawa manfaat kepada orang lain atau tidak.
Jadi apabila kita yang sudah dewasa remaja, sekiranya tidak
mahu untuk berfikir , kita patut merasa malu kepada anak2 kecil tadi..kerana
anak2 kecil, walaupun mereka tidak mampu berfikir, akan tetapi mereka sentiasa
ada sikap ingin tahu..sikap inilah yang akan mengajar mereka untuk berfikir
sepanjang tumbesaran mereka.
***
No comments:
Post a Comment