Mengakui
kelemahan diri secara jujur itu benar2 satu situasi yang pahit dalam hidup
kita.bukan semua orang dengan mudahnya akan cepat menyedari kesalahan yang
ada dalam diri mereka.mengakui diri
seorang yang pemalas, ego, sombong, kedekut ibarat membiarkan seseorang
melempar suatu benda yang kotor pada wajah kita. Kemudian kita menelannya.gulp!
Menyedari
dan mengakui kesalahan dan kekurangan pada diri kita sebelum orang lain
menyedarinya adalah satu perkara yang mulia dan bijak pada pandangan saya.hal
ini kerana anda terlebih dahulu sedar kekurangan diri dan cuba untuk
menampungnya.
Kadang2,
dalam kepahitan mengakui dan menyedari kelemahan diri membuatkan kita merasa
terus bersemangat untuk meningkatkan mutu dan kualiti diri agar lebih baik dari
hari semalam.terngiang- ngiang pula lagu “wawasan” yang didendangkan oleh
kumpulan nasyid yang aku minati, UNIC..
Umat islam
harus cemerlang..
Hari ini
mesti lebih baik..
Dari
semalam..
Masya allah
jika direnung kembali ada benarnya.kita sebagai umat islam harus cepat2 cuba
menampung kekurangan diri agar nasib umat islam akan terus terbela dengan
memiliki penganut2 islam yang berkualiti.antara kualiti dan kuantiti.kedua
duanya memainkan peranan yang sama penting. Apa guna penganut islam yang ramai namun tidak berkualiti? Solat , puasa
entah ke mana.zakat dan haji apatah
lagi.moga allah jauhkan kita dari sifat demikian.
Cukuplah
saya bawakan satu contoh iaitu amalan membaca.jika guru di kelas membuat teka
teki “orang apa yang paling rajin membaca?”
tentu jawab anak murid “orang putih cekgu!” cekgunya mungkin hanya mampu
tersenyum sipu sambil mengangguk setuju.
Memang tidak
dinafikan sikap malas membaca ada pada
diri kita.pernah kita menyoal diri ..
“kenapalah
aku ni malas sangat nak membaca buku….?”
“kenapa
setiap kali buka buku saja terus mata jadi mengantuk..?”
Mungkin ada
sampai ke tahap persoalan sebegini..
“antara tip
untuk mendapatkan tidur yang lena adalah dengan membaca buku sejarah atau
biologi sebelum tidur…^^ ”
Kadang
kadang rasa malu yang membuak terhadap “mat salleh” dek kerana tekunnya mereka
membaca apa2 sahaja bahan bacaan tidak
kira sama ada di dalam kenderaan
mahupun di restoran.
pernah aku
bertanya kepada diri “kenapa orang bukan muslim lebih bersemangat untuk membaca
sedangkan wahyu pertama dari surah al alaq yang diturunkan kepada umat islam
suatu masa lalu tidak lain tidak bukan menyeru manusia untuk membaca? Dari mana
mereka dapat kesedaran dan kekuatan untuk tekun membaca tidak kira masa?”
kadang2 diri
terasa takjub dengan mereka. Alangkah baiknya sekiranya amalan rajin
membaca mereka juga sebati dalam
kalangan umat islam.disebabkan sikap malas membaca itu, berapa banyak ilmu yang
tidak dapat dimanfaatkan untuk menyelamatkan dan menolong mereka yang
memerlukan pertolongan segera.
Contoh yang
paling mudah adalah doktor.bayangkan anda mempunyai saudara yang menghidapi
penyakit kronik dan sangat memerlukan bantuan doktor pakar.disebabkan kepakaran
dan pengetahuan yang mendalamnya, beliau berjaya merawat penyakit saudara anda
itu dan pulih seperti sedia kala.
Baiklah,
sekarang bayangkan pula andai kata doktor tadi pada masa kecilnya adalah seorang
yang amat pemalas.membaca pun dibencinya, belajar pun entah ke mana. Agak
agaknya adakah dia mampu menjawat
jawatan doktor seperti tadi? dan yang lebih penting lagi..adakah saudara anda
tadi bisa di selamatkan?
Perkaitan
Qada’ dan qadar tidak mampu untuk kita ubah.apa yang kita mampu ubah adalah
sikap kita.lawan betul2 perasaan malas anda.
Satu prinsip
yang ku sematkan dalam diri untuk mengelakkan sikap malas ini.
“cuba dan terus
cuba walau sehingga menitis air mata”
Alhamdulillah
sampai sekarang , semalas manapun belajar..aku
tidak sampai ke tahap menangis kerana melawan perasaan malas. Hampir
menangis itu mungkinlah ada.tetapi aku Berjaya menyelamatkan air mataku dari
membazir hanya semata mata kerana melawan malas.
Malas musuh
utama saya.ia bukan sifat orang mukmin.dengan kemalasan, semua benda tidak akan
menjadi.
Buang malas
jauh2……………………………………………………………
No comments:
Post a Comment