“awak dah baca ma’thurat hari ni?”..
Seringkali pesanan2 ini berlegar2 di ruang telingaku..diriku
mengenali al mathurat sejak arwah wan (nenek) menerangkan apa itu mathurat
kepadaku.seingatnya mungkin pada waktu itu umurku sekitar lingkungan belasan
tahun.
Menurut wanku, mathurat ini perlu dibaca setiap pagi dan
petang sebagai ikhtiar perlindungan dari sebarang perkara yang kita tidak
ingini dengan izin allah.ayahku juga berpesan sedemikian.awalnya aku cuba untuk
beramal..
Namun malangnya aku tidak dapat istiqamah..kadang2 aku
membacanya ketika senang dan kadang2 ketika teringat..pernah hati kecilku
menyoal ,
“orang lain membaca mathurat ini setiap pagi dan petang
ibarat ianya satu benda yang wajib..setahuku ia tidak wajib dan boleh dibaca
sekira berkelapangan”
Kadang2 iri hati melihat rakan2 dan adik2 yang istiqamah
membacanya pada awal pagi di dalam bas
sebelum menuju ke kampus.
Semangat untuk membaca mathurat kadang2 terlalu hebat..kadang2 malas itu menguasai
jiwa.itulah godaan syaitan yang cuba untuk menyesatkan.
Allah itu maha kaya dan maha penyayang.akhirnya berlakulah
satu peristiwa yang membuat hatiku terketuk dan terbuka kembali untuk
mengamalkan bacaan al mathurat setiap
pagi dan petang.mungkin ini sahaja cara halus allah untuk menegurku supaya
terus terusan beramal dengan perkara yang baik seperti al mathurat.
Suatu petang aku menaiki kereta comel ku untuk menghantar
adikku menghadiri kelas fardhu ain.dalam perjalanan belum sampai pun lagi di kawasan
sekolah, aku terlihat sebuah lori yang agak besar di hadapanku namun aku tidak
pasti sama ada ada pemandu atau tidak.kemudian terlihat pula sebuah lagi lori
yang lebih kurang sama kelebarannya bergerak menghampiri keretaku..aku jadi
kaget/panik.berada di antara 2 lori adalah satu fenomena yang menggerunkan
bagiku. Aku terlupa untuk menekan brek dan keretaku terus meluncur.tiba2 aku
dan adikku terdiam mendengar bunyi kaca pecah.
Innalillah..
Cermin side mirror kiri keretaku telah hilang pecah
berderaian di atas jalan.pada waktu itu aku terbayangkan yang lebih
dahsyat.sebuah kereta yang comel tanpa sebelah side mirror memang merupakan
satu pemandangan yang cacat,namun alhamdulillah kedua dua “telinga” masih ada
lagi. Aku membawa keretaku ke bengkel..alhamdulillah mereka hanya perlu
menggantikan cermin sahaja. Dan satu lagi yang menakjubkan diriku..tiada
sedikit pun kesan calar pada badan kereta ku kecuali sejalur di bahagian belakang
cermin side mirror.subhanallah..
Aku memberitahu ayahku dan aku mendapat satu nasihat berguna
darinya.
“innalillah …jangan lupa amal mathurat setiap pagi
petang..tu satu cara untuk melindungi diri dari musibah..”
Aku terdiam berfikir sejenak. Ada betulnya juga. Aku merasa
malu di hadapan allah. Allah maha penyayang. Dia maha tahu mungkin dengan cara
ini dapat membuatkanku sentiasa yakin dan percaya untuk beramal dengan al
mathurat.
Sejak hari itu aku berazam untuk tidak mengabaikan al
mathurat lagi…
Ya allah kau permudahkanlah diriku untuk terus istiqamah di
jalanmu..
Mudah mudahan kejadian yang berlaku padaku ini dapat memberi
iktibar kepada para pembaca.jangan tunggu sehingga musibah menimpa baru kita
ingin lakukan perubahan dalam hidup kita.
Mari berubah benar2 kerana
allah.
1 comment:
masthurat baca ma'shurat .
hebat !!
Post a Comment