Life
is short
Pernah hati kecil menyoal diri
sendiri
“kalau hidup ni singkat apa je aku
boleh buat?”
“em..hidup ni memang singkat..apa
yang aku dah buat selama ni?”
Tapak tangan kanan ku letakkan dekat
dengan jantungku..
satu rasa hiba dan sebak menguasai
diri..
ku dapat rasakan jantung itu berdenyut lancar..kadang takjub dan kagum
kerana ia tidak pernah berhenti walau sekali..walau seminit..
Ya allah andai jantung ini
berhenti beberapa detik lagi..bersediakah aku?
Andai jantung ini sudah tidak
bergerak lagi satu saat lagi..cukupkah amalku? Bersediakah aku menghadapmu?
Wahai tuhan…andai jantung yang masih
bergerak ini tiba2 tidak mahu bergetar lagi..lantas mengkakukan seluruh
jasadku..apakah rasanya?..bisakah aku menanggung sakaratul maut itu?
Hiba dan pilu meresap ke seluruh
jiwa dan batinku..
Satu bayangan ilusi yang bakal
menjadi realiti…
astaghfirullahalazim 3x
Setiap detik setiap saat ingatlah
akan “mati”
Tidak ada cara dan jalan lain
untuk mengembalikan kita dekat dengan sang khalik melainkan kematian.ia satu
peringatan terhebat..
Perbanyakkan istighfar..hulurkan
sedekah..moga menjadi amal jariah yang bisa kita kutip di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment