Sunday, September 30, 2012

PELUANG



"semua orang tidak kira apa peringkat umur sekalipun mempunyai kesibukannya yang tersendiri.
hatta anak2 kecil sekalipun sentiasa sibuk.makin meningkat umur kta makin sibuk diri kita."

satu pesanan yang memberi motivasi kepadaku.setiap orang mempunyai aulawiyat/ keutamaan yang perlu disegerakan dan diselesaikan.jadual dan tanggungjawab setiap orang tidaklah sama.

anak2 kecil sibuk dengan bermain. para remaja sibuk mencuba perkara2 baru. mereka yang sudah berusia sibuk dengan urusan pekerjaan dan ibadah.semua orang sentiasa sibuk. makin meningkat usia kita makin banyak tanggungjawab kita.

teringat pada kata2 as syahid  imam hassan al banna: tanggungjawab itu  melebihi dari waktu yang ada. menunjukkan betapa banyaknya perkara yang kita perlu lakukan.

tapi yang menghairankanku tidak kurang yang masih berada dalam zon selesa, membuang masa, ke sana ke mari tanpa hala tuju yang satu.jom berubah.

" ingat ye dik..masa belajar nilah masa yang paling banyak untuk menuntut ilmu dan beribadat sebanyaknya.jangan lepaskan peluang"

em ye.saya sangat setuju dengan pesanan yang dilontar kepadaku ini. bila sahaja sudah melangkah ke alam rumah tangga lagi banyak yang perlu difikirkan.waktu itu "time  is very..very precious"

kadang hal ini menakutkanku..

"takkan kesudahannya membujang hingga ke akhirnya....huhu.."

manusia perlu melalui fasa hidup yang normal. hidup sebagai pelajar lain caranya dan hidup dalam fasa berkeluarga lain pula caranya.

apa yang penting di sini bukan untuk membicarakan soal berumah tangga tapi apa yang perlu dijadikan iktibar adalah gunalah masa kita yang "masih lapang" ini untuk memantapkan ilmu dan kefahaman terhadap islam..sumbang sesuatu kepada islam..dan belajar untuk membiasakan diri dengan ibadah2.

"bila dah kahwin..ada anak ni..kadang2 akak tak sempat nak solat sunat pun.."

sekali lagi ku tegaskan....gunalah masa belajar ni untuk belajar apa yang kita ingin belajar...buang perasaan malas nun ke  benua paling jauh..malas itu penghalang segalanya.

*melawan mood malas.


No comments: