Wednesday, November 21, 2012
pesan ulama' untuk pemuda pemudi
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin Kepada Para Pemuda & Pemudi:
☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.
☛Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.
☛Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
☛ Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu.
☛ Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH.
☛ Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
☛ Wahai Puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.
☛ Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang Agama dan Nabi kalian yang mulia.
☛ Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu.
☛ Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment