Saturday, December 1, 2012

IDOLAKU





Sheikh yusuf al qardhawi merupakan idola yang ku kasih..menatap wajahnya persis menatap wajah seorang ayah.wajahnya tenang disinari cahaya keimanan.di dadanya tidak terkira banyaknya ilmu beliau.beliau yang merupakan ulama kontemporari yang cuba untuk berada di tengah masyarakat dan menyelsaikan permasalahan masyarakat masa kini.beliau amat kukagumi.tidak dapat dibandingkan ilmuku dengan beliau.terasa  sangat jauh ibarat langit dan bumi.subhanallah..sungguh kukasih ulama’ sebegini





Tuan guru haji abdul hadi awang dan tuan guru nik abdul aziz merupakan sosok yang amat dikenali masyarakat dunia terutama Malaysia.mengapa beliau kupilih sebagai idola? Kerana sepanjang hayat beliau sudah tidak terkira betapa banyak sumbangan dan penat lelah yang dipertaruhkan demi memperjuangkan dan menjadikan kalimah allah itu tertegak di bumi allah ini.dalam ruang lingkup kecilnya adalah Malaysia.


berada dalam kancah arena politik demi menyebarluaskan dakwah itu bukanlah suatu kerja yang mudah ibarat “membuka kulit kacang”.cukup kukagumi kerana siapa yang sukakan dirinya  sendiri dicemuh oleh segelintir masyarakat dengan sebab untuk menegakkan “lailahaillallah “ itu?? Sungguh pahit namun harus ditelan..Atas dasar kesedaran, kefahaman dan rasa tanggungjawab  beliau sanggup mengorbankan keseronokan  hidup dan masa beliau dengan  melakukan kerja2 islam/ amal islami. Tidak kira cemuhan yang bertandang tanpa diundang..beliau tetap sabar menjalankan amanah dan perintah allah iaitu untuk menjadi khalifah dan sekaligus mentadbir alam ini dengan islam.siapa lagi yang akan memperjuangkan islam itu jika tidak kita?? 

perjuangan rasulullah demi menegakkan islam itu malah lebih dahsyat lagi kerana kita dalam konteks malaysia tidak perlukan kepada pertumpahan darah.hanya pilihanraya.segala2nya harus mengikut waqi'/ keadaan setempat/semasa.


Atas rasa kesedaran melihat keadaan masyarakat hari ini yang semakin kucar kacir dan tidak menentu hala tujunya, maka dakwah itu menjadi satu kewajipan.mari lihat panorama hari ini.setiap fasa kehidupan itu terdapat banyak  masalah2nya yang tersendiri.pada diri individu itu adanya masalah akhlak ,sosial dan sebagainya. Pada peringkat  keluarga ada masalahnya yang tersendiri seperti penceraian, moral, penindasan, penderaan.pada peringkat masyarakat pula penuh dengan masalahnya yang tersendiri terutamanya moral , pergaulan bebas, zina, dan pembunuhan yang semakin nazak ditelan zaman.lihat pula pada peringkat Negara yang penuh dengan rasuah , penindasan, ketidak adilan, tiada ketelusan  dan banyak lagi.maka penting bagi kita untuk  menyedari bahawa setiap peringkat ini memerlukan kepada pengislahan.dan pengislahan itu perlu berlaku pada masa yang sama kerana kita melihat kepada situasi kehidupan pada hari ini.dalam zaman dimana kita hidup pada hari ini.setiap individu, keluarga, masyarakat dan pihak pentadbir Negara mempunyai tanggungjawab  dan peranan masing2 untuk melakukan pengislahan. kesetiapnya itu adalah sangat2 penting. Tidak bisa diabaikan begitu sahaja mana2 peringkat samada individu, keluarga, masyarakat mahupun Negara itu sendiri.
mari telusuri sejarah hidup nabi tercinta saw. 


Jangan dilupa juga hutang kita dengan allah yang masih belum lagi tertunai sehingga kini –khilafah Islamiyyah dan mentadbir alam ini dengan islam.


Selagi quran dan sunnah menjadi asas perjuangan selagi itu kita perlu bersama berganding bahu mencapai matlamat yang satu.demi agama allah.


Dalam dunia politik mereka mempertaruhkan diri.ya, politik bukanlah segala galanya.memang bukan segala galanya.namun perlu kita sedar bahawa tanpa ada sedikit usaha perjuangan dalam arena politik itu menyebabkan kita gagal untuk melaksanakan 2/3 syariat allah seperti yang termaktub di dalam al quran-hudud, qisas, khilafah,ekonomi, kehakiman, ustauziyatul alam dan banyak lagi.bagaimana semua itu dapat dijadikan realiti jika tanpa sedikit usaha melalui arena politik negara demi manfaat islam dan kemaslahatan ummah itu sendiri…sekiranya peluang dakwah islam melalui politik  itu sudah terbuka luas (dalam konteks Malaysia ialah pilihanraya), dan kita sedar ada manfaat untuk islam itu sendiri ( sekiranya mendapat kemenangan) dan dalam masa yang sama kita memiliki kemampuan, maka mengapa kita perlu berundur dari peluang itu?? ya, kerana risikionya terlalu besar .namun perlu kita fikir kembali samada risiko tidak memanfaatkan peluang sewaktu di dunia ini atau risiko di akhirat kelak ?
 

Allah memandang kepada usaha.tidak pada hasilnya.yang penting usaha kita.

wallahualam..terlalu sedikit ilmuku bagi membicarakan hal sebegini dengan lebih jelas. Apa yang kupaterikan ini adalah berdasarkan kefahaman cetekku ,pembacaan serta diskusi..

Sungguh ku kagum dengan sosok sosok ini.subhanallah.





Dr rosni adam.juga seorang doctor.tapi yang menarik kerana beliau adalah seorang dr gigi.ya in syaa allah sama seperti impianku untuk menjadi dr gigi yang baik dan Berjaya.beliau juga mempunyai akhlak yang sungguh indah.dakwah dan kerjaya juga tidak pernah beliau pisahkan.satu kata2 beliau..kerjaya sebeginilah (private) lebih mudah untuk kita sebarluaskan sinar islam itu kepada pesakit2 yang mengunjungi klinik kita.pernah melalui ranjau hidup pada permulaan alam pekerjaannya namun setelah  itu segalanya allah permudahkan hingga ke hari ini.alhamdulillah.bukan senang untuk ku temui seorang dr gigi yang sarat dengan nasihat dan kata2 hikmah..




Ustazah norhafizah musa amat ku segani dan sanjungi.beliau bagiku adalah contoh muslimah yang solehah.beliau tidak pernah jemu menyampaikan risalah kepada masyarakat yang memerlukan.apa yang sangat menarik hatiku dengan beliau adalah akhlak beliau yang sungguh indah bagiku.tutur katanya yang…oh..ku sendiri tidak mampu untuk menirunya,,namun boleh dicuba..akhlak indah itulah penyeri hidup..tidak hairan mengapa sahabat2 rasulullah terlalu cintakan baginda kerana akhlak baginda yang sungguh indah





Prof muhaya satu sosok yang tidak asing lagi di kaca mata rakyat Malaysia.beliau seorang dr sama seperti dr2 lain.akan tetapi apa yang membezakan beliau dengan dr lain?? Ya, beliau memiliki added value.beliau memiliki rasa cinta terhadap dakwah.walaupun beliau sibuk sebagai dr namun tugas dakwah itu dibawa bersama di alam pekerjaannya.dr sebeginilah yang dapat membetulkan persepsi minda masyarakat yang semakin melencong tanpa asasnya.ubat adalah sebagai ikhtiar,, kuasa penyembuhan itu adalah terletak kepada allah jua..subhanallah..





Uncle maher juga merupakan idola kesukaanku.bukan pada kehenseman wajahnya akan tetapi sinar dakwah yang dibawanya.adalah satu perubahan besar bagi dunia hari ini dengan kemunculan beliau dengan album pertamanya “open your eyes” telah membuka mata banyak pihak tentang nikmat2 allah yang tidak terhingga.terlalu banyak sumbangan beliau bagiku.layak bagiku untuk   memanggilnya idolaku.sedarkah kita bahawa dakwah itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara.setiap orang tidak terkecuali dari tanggungjawab dakwah.dakwah itu bukanlah layak untuk orang2 tertentu sahaja.jika yang kita ada itu sikit..maka berilah sedikit.jika yang kita ada itu banyak..maka berilah banyak.dengan kesedaran dan usaha dakwah beliau..ramai insan terbuka untuk memilih islam sebagai cara hidup mereka.subhanallah.

 kita sebagai muslim ada tugas kita.bukan hanya untuk bersenang lenang hidup di dunia ini tanpa  sedikitpun kesukaran namun mengahrapkan diri memasuki syurgaNya.syurga itu mahal.maka bayarannya pun mahal.pengorbanan kita itulah bayaran untuk syurga impian kita.

 tanggungjawab kita terhadap islam itu banyak. adakah sudah tertunai kesemuanya?sebagai seorang muslim itu yang perlu difikir terlebih dahulu..

*mohon perkongsian dari sahabat2 yang lebih tahu.

1 comment:

Mustofa said...

Assalamualaikum...Yusuf Qardhawi, beliau ulama yang menjadi inspirasiku...Nice blog....