Sheikh yusuf al qardhawi merupakan idola yang ku kasih..menatap wajahnya persis menatap wajah seorang ayah.wajahnya tenang disinari cahaya keimanan.di dadanya tidak terkira banyaknya ilmu beliau.beliau yang merupakan ulama kontemporari yang cuba untuk berada di tengah masyarakat dan menyelsaikan permasalahan masyarakat masa kini.beliau amat kukagumi.tidak dapat dibandingkan ilmuku dengan beliau.terasa sangat jauh ibarat langit dan bumi.subhanallah..sungguh kukasih ulama’ sebegini
Tuan guru haji abdul hadi awang dan tuan guru nik abdul aziz
merupakan sosok yang amat dikenali masyarakat dunia terutama Malaysia.mengapa
beliau kupilih sebagai idola? Kerana sepanjang hayat beliau sudah tidak terkira
betapa banyak sumbangan dan penat lelah yang dipertaruhkan demi memperjuangkan
dan menjadikan kalimah allah itu tertegak di bumi allah ini.dalam ruang lingkup
kecilnya adalah Malaysia.
berada dalam kancah arena politik demi menyebarluaskan
dakwah itu bukanlah suatu kerja yang mudah ibarat “membuka kulit kacang”.cukup
kukagumi kerana siapa yang sukakan dirinya
sendiri dicemuh oleh segelintir masyarakat dengan sebab untuk menegakkan
“lailahaillallah “ itu?? Sungguh pahit namun harus ditelan..Atas dasar
kesedaran, kefahaman dan rasa tanggungjawab beliau sanggup mengorbankan keseronokan hidup dan masa beliau dengan melakukan kerja2 islam/
amal islami. Tidak kira cemuhan yang bertandang tanpa diundang..beliau tetap
sabar menjalankan amanah dan perintah allah iaitu untuk menjadi khalifah dan
sekaligus mentadbir alam ini dengan islam.siapa lagi yang akan memperjuangkan
islam itu jika tidak kita??
perjuangan rasulullah demi menegakkan islam itu malah lebih dahsyat lagi kerana kita dalam konteks malaysia tidak perlukan kepada pertumpahan darah.hanya pilihanraya.segala2nya harus mengikut waqi'/ keadaan setempat/semasa.
Atas rasa
kesedaran melihat keadaan masyarakat hari ini yang semakin kucar kacir dan
tidak menentu hala tujunya, maka dakwah itu menjadi satu kewajipan.mari lihat
panorama hari ini.setiap fasa kehidupan itu terdapat banyak masalah2nya yang tersendiri.pada diri
individu itu adanya masalah akhlak ,sosial dan sebagainya. Pada peringkat keluarga ada masalahnya yang tersendiri
seperti penceraian, moral, penindasan, penderaan.pada peringkat masyarakat pula
penuh dengan masalahnya yang tersendiri terutamanya moral , pergaulan bebas,
zina, dan pembunuhan yang semakin nazak ditelan zaman.lihat pula pada peringkat
Negara yang penuh dengan rasuah , penindasan, ketidak adilan, tiada
ketelusan dan banyak lagi.maka penting
bagi kita untuk menyedari bahawa setiap
peringkat ini memerlukan kepada pengislahan.dan pengislahan itu perlu berlaku
pada masa yang sama kerana kita melihat kepada situasi kehidupan pada hari ini.dalam
zaman dimana kita hidup pada hari ini.setiap individu, keluarga, masyarakat dan
pihak pentadbir Negara mempunyai tanggungjawab
dan peranan masing2 untuk melakukan pengislahan. kesetiapnya itu adalah
sangat2 penting. Tidak bisa diabaikan begitu sahaja mana2 peringkat samada
individu, keluarga, masyarakat mahupun Negara itu sendiri.
mari telusuri sejarah hidup nabi tercinta saw.
Jangan dilupa juga hutang kita dengan allah yang masih belum
lagi tertunai sehingga kini –khilafah Islamiyyah dan mentadbir alam ini dengan
islam.
Selagi quran dan sunnah menjadi asas perjuangan selagi itu
kita perlu bersama berganding bahu mencapai matlamat yang satu.demi agama
allah.
Dalam dunia politik mereka mempertaruhkan diri.ya, politik
bukanlah segala galanya.memang bukan segala galanya.namun perlu kita sedar
bahawa tanpa ada sedikit usaha perjuangan dalam arena politik itu menyebabkan
kita gagal untuk melaksanakan 2/3 syariat allah seperti yang termaktub di dalam
al quran-hudud, qisas, khilafah,ekonomi, kehakiman, ustauziyatul alam dan
banyak lagi.bagaimana semua itu dapat dijadikan realiti jika tanpa sedikit
usaha melalui arena politik negara demi manfaat islam dan kemaslahatan ummah
itu sendiri…sekiranya peluang dakwah islam melalui politik itu sudah terbuka luas (dalam konteks Malaysia
ialah pilihanraya), dan kita sedar ada manfaat untuk islam itu sendiri ( sekiranya mendapat kemenangan) dan
dalam masa yang sama kita memiliki kemampuan, maka mengapa kita perlu berundur
dari peluang itu?? ya, kerana risikionya terlalu besar .namun perlu kita fikir
kembali samada risiko tidak memanfaatkan peluang sewaktu di dunia ini atau
risiko di akhirat kelak ?
Allah memandang kepada usaha.tidak pada hasilnya.yang
penting usaha kita.
wallahualam..terlalu sedikit ilmuku bagi membicarakan hal
sebegini dengan lebih jelas. Apa yang kupaterikan ini adalah berdasarkan
kefahaman cetekku ,pembacaan serta diskusi..
Sungguh ku kagum dengan sosok sosok ini.subhanallah.
Dr rosni adam.juga seorang
doctor.tapi yang menarik kerana beliau adalah seorang dr gigi.ya in syaa allah
sama seperti impianku untuk menjadi dr gigi yang baik dan Berjaya.beliau juga
mempunyai akhlak yang sungguh indah.dakwah dan kerjaya juga tidak pernah beliau
pisahkan.satu kata2 beliau..kerjaya sebeginilah (private) lebih mudah untuk
kita sebarluaskan sinar islam itu kepada pesakit2 yang mengunjungi klinik
kita.pernah melalui ranjau hidup pada permulaan alam pekerjaannya namun setelah
itu segalanya allah permudahkan hingga
ke hari ini.alhamdulillah.bukan senang untuk ku temui seorang dr gigi yang
sarat dengan nasihat dan kata2 hikmah..
Ustazah norhafizah musa amat ku segani dan sanjungi.beliau bagiku adalah contoh muslimah yang solehah.beliau tidak pernah jemu menyampaikan risalah kepada masyarakat yang memerlukan.apa yang sangat menarik hatiku dengan beliau adalah akhlak beliau yang sungguh indah bagiku.tutur katanya yang…oh..ku sendiri tidak mampu untuk menirunya,,namun boleh dicuba..akhlak indah itulah penyeri hidup..tidak hairan mengapa sahabat2 rasulullah terlalu cintakan baginda kerana akhlak baginda yang sungguh indah
Prof muhaya satu sosok yang tidak asing lagi di kaca mata
rakyat Malaysia.beliau seorang dr sama seperti dr2 lain.akan tetapi apa yang
membezakan beliau dengan dr lain?? Ya, beliau memiliki added value.beliau
memiliki rasa cinta terhadap dakwah.walaupun beliau sibuk sebagai dr namun
tugas dakwah itu dibawa bersama di alam pekerjaannya.dr sebeginilah yang dapat
membetulkan persepsi minda masyarakat yang semakin melencong tanpa asasnya.ubat
adalah sebagai ikhtiar,, kuasa penyembuhan itu adalah terletak kepada allah
jua..subhanallah..
Uncle maher juga merupakan idola kesukaanku.bukan pada
kehenseman wajahnya akan tetapi sinar dakwah yang dibawanya.adalah satu
perubahan besar bagi dunia hari ini dengan kemunculan beliau dengan album
pertamanya “open your eyes” telah membuka mata banyak pihak tentang nikmat2
allah yang tidak terhingga.terlalu banyak sumbangan beliau bagiku.layak bagiku
untuk memanggilnya idolaku.sedarkah
kita bahawa dakwah itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara.setiap orang tidak
terkecuali dari tanggungjawab dakwah.dakwah itu bukanlah layak untuk orang2
tertentu sahaja.jika yang kita ada itu sikit..maka berilah sedikit.jika yang
kita ada itu banyak..maka berilah banyak.dengan kesedaran dan usaha dakwah
beliau..ramai insan terbuka untuk memilih islam sebagai cara hidup
mereka.subhanallah.
kita sebagai muslim ada tugas kita.bukan hanya untuk bersenang lenang hidup di dunia ini tanpa sedikitpun kesukaran namun mengahrapkan diri memasuki syurgaNya.syurga itu mahal.maka bayarannya pun mahal.pengorbanan kita itulah bayaran untuk syurga impian kita.
tanggungjawab kita terhadap islam itu banyak. adakah sudah tertunai kesemuanya?sebagai seorang muslim itu yang perlu difikir terlebih dahulu..
*mohon perkongsian dari sahabat2 yang lebih tahu.
1 comment:
Assalamualaikum...Yusuf Qardhawi, beliau ulama yang menjadi inspirasiku...Nice blog....
Post a Comment