Saturday, December 22, 2012

Kekuatan pada kelemahan


Pelik tapi benar.manusia ialah satu ciptaan yang padanya pasti ada kelemahan.namun harus disematkan dalam diri kelemahan itu akan bertukar menjadi aset dan sumber  kekuatan sekiranya dapat dikenal pasti dan diatasi dengan baik.manakala kelemahan itu akan menjadi sumber pemusnah jika dibiarkan dan semakin berlarutan di dalam arus kejahilan tanpa sebarang pembaharuan. Get it??
Kesimpulan bagi perenggan ini: kenal pasti kelemahan ,ubah dan atasi supaya ia menjadi sumber kekutaan bagi kita.bukannya membiarkan kelemahan itu dipendam dan diperam dalam jasad rohani kita.

Contoh: 
kelemahan yg dikenalpasti- malas membaca .
Cara atasi  – paksa diri, sematkan dalam diri kelebihan dan ketiggian fadhilat orang yang menuntut ilmu di sisi allah dan makhluk ciptaanNya.
Hasil- anda akan sentiasa terpanggil dan rela hati untuk membaca sedangkan sebelum ini aktiviti membaca merupakan suatu aktiviti yang dibenci. (borring…)

Ya begitulah antara yang dapat kukongsikan.apa yang kita tak suka itu tak semestinya buruk untuk kita malahan itulah lebih baik  bagi kita.benar firman allah.

Hayati “sindiran” ulama’ terhadap diri2 yang malas…

“kita hanya berhimpun menentang orang yahudi, tetapi kita memalingkan diri dari islam!”

“kita banyak bercakap tetapi amat sedikit bekerja”

“sesuatu perkara yang murah bagi kita ialah waktu, perkara yang amat berat ialah bekerja, dan penghasilan yang paling tidak berharga ialah manusia”

“apakah cukup bagi kita orang2 barat sahaja yang mahu berfikir dan mencipta perkara moden untuk kita, mereka membuat segala pendedahan untuk merekacipta alatan baru, sedangkan kita hanya menterjemahkannya!”

Sumber buku: ‘Di Manakah Kesilapan Kita?’  karya prof dr yusuf al qardhawi.

No comments: