Tuesday, December 25, 2012

positive keep you happy =)

" kenapalah aku selalu dapat masalah?"
"aku tak mampu tanggung masalah ni..."
"..untungnya orang lain xde masalah macam aku ni....kenapa aku yang kena..?"

dan lebih teruk..

"..aku taknak hidup lagi...lebih baik aku tinggalkan dunia ini..(zapp..innalillah..)

inilah akibat orang yang tidak berfikiran positif dan tiada rasa ingin berharap kepada allah..tahukah anda antara kelebihan seseorang berrfikiran POSITIF??

1-tidak merasa kesusahan yg dialami itu kesusahan yg paling besar

2-sedar bahawa ada lagi orang lain yang lebih susah (youre not the worst one)

3-mendidik diri untuk redha dan berserah kepada allah( kadang2 kita dah buat yg terbaik namun apa yang kita tak expect juga yg datang..itulah perancangan allah yang terselit berjuta hikmah)

4-mentaqarrubkan diri pada allah (kadang2 mungkin dgn cara allah mmberikan kesusahan kpd diri membuatkan kita lebih ingat padaNya..sungguh Allah merindukan kita untuk sentiasa mencintaiNya)

5-menjadi motivasi kpd org lain ( kadang2 apa allah timpa pada kita untuk menjadi pedoman buat insan lain..allah nak kita sampaikan pd orang lain..supaya mereka dapat mengambil ibrah..)

6- untuk menguji keimanan kita adakah kita benar2 berharap pada allah..

7-kesusahan itulah yang akan membentuk diri kita menjadi lebih baik dan berguna...ibarat keropok yang perlu merenangi lautan minyak yang panas kemudian kembang dan enak dimakan...itulah tarbiyah allah..tarbiyah mana lagikah yg lebih baik dari celupan tarbiyyah allah??)

8.....baaaaaanyak lagi yang tidak mampu kuungkapkan..

apa2 pun kita sebagai hamba perlu sedar kita ada allah..susah sikit2..jangan gelabah..luah pada allah..yakin allah itu mendengar..jangan berperangai seperti insan yang tidak bertuhan..susah sikit nak bunuh diri..lari dari rumah..nauzubillah..

keep positif...fikiran sebeginilah yang akan menjadikan hari2 yang dilalui dalam hidup anda hari2 yang terindah in syaa allah

No comments: