Friday, February 22, 2013

HOSHAS temerloh-sihat sebelum sakit.


Alhamdulillah alhmdulillah thumma alhamdulillah..allah memberiku dan rakan2ku peluang untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran di dalam wad di hospital Sultan Haji Ahmad Shah@ HOSHAS di temerloh.terlalu banyak hikmah yang dapat kukutip.alhamdulillah.

Hari pertama di hospital yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiranku.tak sangka aku akan menyambut birthday bersama pesakit2 di HOSHAS.alhamdulillah ia satu hadiah yang bermakna dari allah untukku.

Hari pertama memulakan ward round memang agak kekok.tapi kucuba biasakan diri.mencubit sedikit ilmu dari MO dan HO.mendekati pesakit dan bertanya khabar.ternyata mereka begitu ramah.wad kenanga 14 yang menempatkan pesakit wanita sahaja.mereka dari pelbagai latar belakang ternyata mempunyai sejarah penyakitnya yang tersendiri.

Makcik2 dan kakak2 berbaju hijau yang dilingkari dengan pelbagai wayar, dan jarum2.terlalu sakit untuk dipandang.apalagi yang melihatnya.dengan sanak saudara yang menemani di sisi.tidak kurang juga yang bersedirian.terbit rasa simpati pada mereka.semoga allah menyembuhkan mereka.mungkin allah amat menyayangi mereka dan ingin menghapuskan dosa2 mereka.allahuakbar.tidak dapat kubayang sekiranya aku yang berada di atas katil tersebut.

Seorang kanak2 perempuan yang asyik pengsan di perhimpunan.selalu mengalami sesak nafas menurut ibunya.melihatkan pada chest x-ray menunjukkan ada satu ketumbuhan pada paru parunya (lymphoma) .allahuakbar.masih muda lagi dan cantik orangnya.simpati ku pada kanak2 itu.DR pakar segera menerangkan situasi sebenar kanak2 itu kepada ibu bapanya.menitis air mata si ibu mendengarnya dek  kerana bimbang dan sayang pada anaknya.teresak2 si ibu mendengar anaknya mengalami ketumbuhan yang agak bahaya.aku dan rakan2 mengusap  usap bahu si ibu..

“sabar ye makcik in syaa allah kita doakan pada allah  yang terbaik untuk adik…semoga adik cepat sembuh”

Aku juga turut sebak.allahurabbi.

Di satu sudut terlantar seorang nenek penuh dengan wayar2 juga.aku mendekatinya.subhanallah wajahnya mirip arwah nenekku.umurnya juga seperti umur arwah nenekku.nenek itu kelihatan sukar sekali untuk bernafas.andai aku mampu lakukan sesuatu untuk nenek itu.tidak sanggup aku melihatnya.

Petang itu yang sepatutnya aku sudah pulang ke rumah..seorang MO memintaku dan rakan2 untuk memberikan bantuan pernafasan kepada nenek itu.kami berempat  bergilir2 “bagging”.dalam 2 jam juga seingatku.aku mengusap2 tangannya yang sudah berkedut dan agak kekuningan dan sedikit dingin.sambil cuba membacakan ayat2 syifa’ yang diajar oleh datukku.

“bismillahisyaafi..bismillahilkaafi..bismillahil ma’afi…………………………”

Rakanku mengusap2 dada nenek itu pabila dia terbatuk.”

ya allah berilah yang terbaik untuk nenek ini..ampunilah dosa dosanya..” 

sempat juga kuberbual dengan anaknya yang tidak jemu menjaganya.ibunya itu asalnya menghadapi diabetes/ kencing manis.sebelah kakinya telah dipotong hingga ke lutut termasuk beberapa jarinya.aku menyentuh kakinya..memang ada kurang satu jari.dan sedikit bahagian tumitnya bertukar hitam.bahana kencing manis!

Pabila tugas kami selesai kami pun terpaksa meminta diri untuk pulang.jauh di hati ku sangat mengharap keadaan nenek itu makin baik.dengan izin allah.

Hari kedua kuteruskan ward round bersama Dr pakar perubatan dan beberapa MO dan HO.beberapa orang patient baru sudah berada di dalam wad.

Seorang wanita 40 tahun dengan suspek denggi.bacaan plateletnya cuma 12 x 10 kuasa 9.sangat rendah.ini bahana nyamuk.sugguh hebat ciptaan allah.nyamuk yang kecil pun boleh memberikan kesan besar kepada manusia.saiz nyamuk dengan manusia adalah seperti langit dan bumi.itulah hebatnya ciptaan allah.kecil bukan bermakna tidak bahaya.

Di kejauhan kelihatan seorang makcik berbadan agak besar.wajahnya sangat montel dan kiut.wajah sebegini tidak normal sebenarnya.makcik ini mengahadapi “cushing syndrome” di mana saiz badannya akan menjadi lebih besar dan mukanya bulat.semuanya gara2 memakan ma’jun.bahaya rupanya ma’jun ni.ia mengandungi steroid yang akan memberi kesan kepada saiz badan kita.badannya pun penuh dengan merah2.kesian makcik ini.gara2 terpedaya dengan penjual ma’jun.pengajarannya jangan beli ubat sembarangan.mesti jumpa doktor.

ilmu yang dr belajar itu juga dari allah.bertahun2 lamanya belajar ilmu allah sebelum boleh rawat insan2 yang memerlukan.jujurnya ku katakan kerja sebagai dr adalah satu pengorbanan seumur hidup kepada insan2 yang memerlukan.hidup seorang doktor untuk pesakitnya.jadi,,kalau ikhlas banyak pahala kerja doktor ni.pengorbanan, kesusahan tidak boleh dipisahkan dalam profession kedoktoran.aku menyaksikan sendiri kesukarannya semasa bekerja lebih2 lagi sewaktu housemanship@ HO.

Di penghujung wad ada lagi seorang remaja perempuan  13 tahun yang baru dimasukkan ke hospital.wajahnya agak  pucat dan kekuning kuningan.anemia/ kurang darah.bacaan hemoglobinnya hanya 4.5.em sangat rendah! Namun beliau sangat aktif di sekolah menurutnya.

Aku pergi lagi melihat  nenek semalam.kelihatannya agak tenat.wajahnya bertukar semakin pucat.ya allah.ramai dr bergegas memberikan bantuan kepada nenek itu.kelihatan sanak saudaranya serta anak2nya mendekat ke telinga nenek itu untuk mengajar kalimah agung syahadah.allahuakbar.mungkin sudah masanya nenek itu menghadap ilahi.menjelang tengahari nenek itu dengan tenangnya menghembuskan nafas terakhir.allah menyayanginya.

suasana agak sebak.aku juga turut merasai kehilangannya.namun ku sangat bersyukur kerana allah mengizinkanku untuk membuat sesuatu untuk membantu nenek itu.alhamdulillah.mudah mudahan allah menempatkan beliau dalam golongan hamba hambanya yang beriman dan beramal soleh.semoga segala kesakitan yang beliau alami selama ini sebagai satu cara penghapusan dosa.

Hari ini giliran nenek itu,,suatu hari nanti giliran kita pula..

kerjaya kedoktoran ini adalah yang paling dekat dengan kematian.hari2 pasti ada kes kematian.para doktor seharusnya menjadi insan yang paling dekat dengan allah.jom jadi doktor yang soleh dan solehah.merawat jasad dan rohani pesakit dan bukannya rawatan jasmani semata mata.

Hari seterusnya aku berpeluang melihat bagaimana 2 orang dentist memeasang “arch bar” pada seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang teruk.seorang wanita dengan rahang atas dan bawahnya yang retak.wajahnya penuh dengan jahitan.allahurabbi.kelihatan begitu perit sekali.beliau kelihatan amat lemah.sesekali terdengar keluhan “sakit…sakit..”

kalaulah aku mampu membuat sesuatu untuk mengurangkan kesakitannya…ku amat kagum dengan kepakaran dentist itu memasang arch bar .sesungguhnya bekerja di ruangan yang sempit seperti mulut bukanlah suatu kerja yang mudah.amat memerlukan pengetahuan yang mendalam.banyak lagi yang perlu kupelajari.pemasangan yang sungguh kemas sekali. Pemasangan arch bar itu adalah untuk membetulkan dan mengembalikan rahangnya kepada kedudukan asal.sebagai seorang pelajar pergigian aku sungguh teruja.ingin menjadi seperti mereka.in syaa allah.

Hari ketiga dan hari keempat aku mengikuti ward round untuk subjek general surgery. Keadaannya lebih parah lagi kerana kebanyakan pesakit di sini mengalami kemalangan jalan raya dan pelbagai jenis pembedahan.

Di kejauhan satu sudut katil.terlihat seorang makcik cina dengan wajahnya berlumuran darah.dia juga mengalami pendarahan di dalam  kepala@ ICB (INTRACRANIAL BLEEDING). Matanya bengkak serta penuh lebam di mukanya.terasa agak ngeri untuk menatap wajahnya lebih lama.namun kukuatkan semangat.

Di wad bersebelahan ada seorang pakcik melayu yang agak kurus terlantar keletihan di atas katil kerana  menjalani pembedahan usus disebabkan ketumbuhan pada ususnya (adenocarcinoma).banyak sekali wayar yang menembusi badannya.pergerakan beliau agak terhad dek kerana wayar2 tersebut.allahuakbar.hebat sekali ujian yang allah berikan kepadanya.seorang dr pakar menasihatinya

“ ini makan masa juga..in sya Aallah kita cuba yang terbaik.pakcik banyakkan berdoa ya..insya allah moga cepat sembuh..”

Makin hebat seseorang itu di sisi allah makin hebat ujiannya.allahuakbar.

Di dalam wad itu juga ada seorang anak lelaki muda berumur 21 tahun yang juga mengalami kemalangan jalan raya.kepalanya juga mengalami pendarahan namun yang bezanya pesakit ini banyak bercakap.beliau seorang yang talkative.beliau ternampak aku dan rakan2 yang membuat rondaan di dalam wad.sejenak kami melalui katilnya.

“makcik..makcik kat blakang tu..marila sini..makcik dah makan? Kalau belum saya nak suapkan…” dengan tersengih2 dia bercakap.

Aku dan rakan tersenyum lucu dengan kata2 adik tersebut.ibunya juga turut tersenyum dengan telatah anaknya itu. suasana  dalam wad agak meriah dengan kehadirannya dek kerana “kebisingannya”.

“dia panggil kita makcik???.....huhuhu..”

Allahuakbar begitula banyaknya hikmah yang ada di hospital.hikmah itu di mana2.kita yang perlu mengutipnya.pelbagai kisah pesakit lain yang tidak dapat untuk kucoretkan semuanya di sini.

Kusinggah di satu wad sambil bertanya khabar kepada seorang pakcik.pakcik ini kebetulan mirip dengan tokki ku.teringat pula tokki di kampung.pakcik ini perlu berpuasa pada hari tersebut untuk melakukan OGDS@ suluh perut.pakcik ini sungguh ramah.aku menganggapnya sebagai datukku.terasa seperti bercakap dengan datukku.subhanallah.terubat rindu kepada tokki di kampung.

Alhamdulillah ini satu pelajaran buatku.ingat lima perkara sebelum lima perkara.antaranya sihat sebelum sakit.apabila sakit banyak perkara yang tidak bisa kita lakukan.termasuklah ibadah2 khusus dan umum.jadi, menjaga kesihatan badan juga merupakan satu ibadah.badan yang sihat akan memudahkan kita untuk beribadah kepada  allah. Adakalanya sakit itu sebagai ujian allah untuk kita.untuk mengangkat martabat kita di sisinya insyaa allah.
Sehingga bertemu lagi..=)







No comments: