Tuesday, May 3, 2011

PELANGI HIDUP ...BHG 3



"Ilia, kenapa ni. awak sakit ke?" soalku melulu. Telingaku dapat menangkap bunyi esakan yang tersedu sedan. Sepertinya terlalu sakit apa yang sedang ditanggung oleh sahabatku ini. Apakah yang telah menimpanya sebenarnya? mengapakah hari ini tiba-tiba Ilia seperti mendapat musibah yang begitu besar sehingga tidak tertanggung oleh kedua bahunya?esakannya ibarat dia sedang  melihat  sebuah bukit yang akan terhempas ke atasnya pada bila-bila masa . Pelbagai jenis persoalan muncul di benakku.

"kakak...kak ina..saya sudah kehilangan kak ina..saya sayang kak ina..". Innalillah...dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Rupa-rupanya baru aku mengerti punca segala esak tangisnya. Ilia baru sahaja mendapat berita bahawa satu-satunya kakaknya yang terlantar di hospital selama 6 bulan yang lalu akibat  barah otak yang menyerangnya. Julukan kak Ina menjadi panggilan manja baginya dalam keluarga Ilia.


Meskipun begitu, Ilia tidak kekok untuk berkongsi dengan kami pelbagai perihal tentang kakaknya iaitu tentang apa yang disukai, sifat kakaknya yang tidak pernah mengeluh walaupun sedang bertarung dengan penyakit yang membunuh itu yang bakal meragut nyawanya pada bila-bila masa. Dia juga pernah melabelkan kakaknya itu sebgai  seorang "pakar motivasi" kerana tidak lekang untuk mendengar masalah adiknya dan sentiasa cuba untuk memberi nasihat yang terbaik. Tatkala Ilia dilanda keresahan dan merasa tertekan , kakaknya itulah yang menjadi tempat dia mengadu semua masalahnya kerana dia tahu kakaknya itu seorang yang kuat dan pasti akan cuba membantunya walaupun dirinya sendiri sedang meniti saat untuk berhadapan dengan tuhannya.....

No comments: