Tuesday, February 12, 2013

ISTIMEWA VALENTINE 2013

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jam menunjukkan pukul 12 malam tepat namun matanya masih lagi belum dapat melelapkan mata. Telefon bimbit di tangannya dipegang erat sambil menunggu mesej baru masuk ke telefonnya. Hatinya menjadi tidak setenang dulu. Rasa rindu yang membuak buak kepada kekasih hati membuat dirinya ibarat makan tak kenyang , mandi tak basah. segala yang dilakukan pasti teringatkan pada si dia. Hati jadi tidak menentu. Inikah yang dinamakan cinta? Hatinya selalu bermonolog sendirian.

Perkenalan ringkas dari “muka buku@ facebook” 2 bulan lalu itu bertukar menjadi suatu yang sangat indah baginya.dia percaya bahawa lelaki itu adalah jodohnya yang sebenar yang telah ditetapkan oleh tuhan. Dia sering membandingkan naluri dan firasatnya yang sentiasa sama. Baginya, kekasihnya itu lambat laun bakal menjadi yang halal buatnya. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat walau jauh dari segi jaraknya.


“…awak dah makan?..” telefonnya bergetar menerima mesej membuatkan dirinya berdebar debar.


“..Alhamdulillah..dah..awak?..=)” .butang “SEND” segera ditekannya.


Begitulah sehari2. Hidupnya telah berubah setelah berkenalan dengan lelaki tersebut. Baginya kekasihnya itu merupakan seorang yang sangat mengambil berat, dan menghormati orang lain. Ini menguatkan lagi firasatnya bahawa memang si dialah jodohnya. Hinggalah suatu hari dia tidak teragak agak untuk dia bertanya kepada lelaki tersebut..


“..awak..boleh saya tahu..bila kita mahu merancang masa depan kita.?maksudnya..merancang untuk berkahwin..”

Dia menanti agak lama sebelum mesej seterusnya menggetarkan telefonnya.

“Insya allah.saya pun terfikir tu..tapi mungkin lambat lagi kot..lagipun kita tak kenal sangat lagi..kita kawan dulu..bila tiba masanya..kita kawenla..”

Satu senyuman terukir di bibirnya.

“tak sangka..jodoh yang kucari selama ini..akhirnya kujumpa..alhamdulillah..”
Hari berganti hari..minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun. Perhubungan mereka makin serius. Dari bermesej hingga lewat malam diteruskan dengan perbualan telefon di waktu insan lain sedang tidur nyenyak.bukan itu sahaja. Mereka juga merancang untuk lebih kerap bertemu 4 mata di tempat2 yang ramai orang supaya tidak berlaku fitnah dan prasangka orang lain.

Pertemuan demi pertemuan itu membuatkan hati mereka lebih kukuh terpaut dengan “ikatan cinta”.Melalui hidup sehari2 tanpa memikirkan kekasih hati adalah suatu yang berat untuk ditinggalkan.

“..yang..i rindu sangat yang tau..=)..” bunga bunga  bahagia menghiasi seluruh hatinya.

“I pun..sweet..=) “

Dengan tidak disangka sangka..perhubungan mereka akhirnya tersasar dan mereka terjerumus ke lembah maksiat. Setelah itu barulah  masing masing tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Perancangan mereka untuk bernikah selama ini merupakan satu angan angan kosong rupanya. Itu semua merupakan satu alasan untuk mereka saling berhubungan bersama bukan mahram. Nauzubillah.


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..


CINTA itu merupakan suatu yang suci dan tinggi yang Allah anugerahkan kepada setiap insan. Kitalah yang menyalahgunakan nikmat cinta itu kearah yang tidak diredhai. Lingkungan hidup remaja merupakan waktu yang paling dahsyat dilanda konflik cinta. Pening memikirkan antara cinta palsu atau cinta benar.

Layarilah hidupmu sebagai seorang hamba yang sentiasa dahagakan cinta sang pencipta cinta. Jangan diikutkan nafsu yang sentiasa tergila gila memandu kita ke kancah penyesalan. Cinta yang benar bukan sahaja memberi bahagia akan tetapi membenihkan sejuta ketenangan dan keredhaan dari ilahi.Jika sedar diri terlalu mudah dikalahkan oleh cinta palsu, maka elaklah seawalnya supaya kita tidak diseret oleh syaitan laknatullah ke tempat yang tidak sepatutnya. Tidak semestinya dengan “bercinta sesama bukan mahram” menjanjikan jodoh yang terbaik buatmu.Cintailah Allah maka Allah akan memberikan cinta insan yang mencintaiNya kepadamu.Allah itu Maha Adil.Walau tidak pernah bersua.Walau tidak pernah berbual bicara..Sekiranya itu jodoh yang Allah tetapkan untukmu maka dia akan tetap disatukan denganmu. Mohon Allah kurniakan jodoh yang soleh dan solehah untukmu.


Akhir kalam,
Jangan risau jangan gelisah kiranya diri masih belum berpunya. Usaha tetap usaha.Namun biarlah setiap usaha dan langkah bertepatan dengan apa yang Allah suka. Sedangkan cacing di bawah batu pun Allah ciptakan pasangan apatah lagi manusia yang mulia. Hanya keyakinan yang benar  kepada Yang Maha Kuasa dapat menjadi sumber kekuatan diri.Kepada yang sudah berpunya  Alhamdulillah.Segerakan bahtera rumahtanggamu. Moga allah memberikan keluarga bahagia buat kalian serta ditemani redhanya.


SAY YES TO COUPLE…but AFTER AKAD ^^






























No comments: