Alhamdulillah satu pengalaman berharga yang tidak mampu kuungkapkan. Pengalaman berada bersama khalayak ramai pada malam yang sungguh busy..malam tahun baru.
Perjalanan bermula dengan jem yang amat teruk.terpaksa
parking jauh dari dataran merdeka.jam menunjukkan hampir pukul 12. makin malam
makin ramai manusia yang tak tahu entah dari mana datangnya.aku terbayang
suasana semasa orang melakukan tawaf dan haji di mekah.em ok.. tapi pemandangan
is not like that..di mekah semuanya putih..di sini..huh!
Kaki melangkah perlahan menuju ke crowd orang ramai..masing2
menunggu count down ambang 2013.10…9..8..7…6……….1!!
Dum..dum..dum…!!kelihatan bunga2 besar muncul di celahan
langit malam yang
kelam..wowwwwwwwwww!!!! so meriah dan bising…..!!
Berada di tengah2 asakan polis dan orang ramai..tiba2
terdengar satu suara…beri laluan..beri laluan!…beberapa polis hampir ke arahku…di
belakangnya ada lagi polis2 lain yang menyeret beberapa orang pemuda yang
berantai dan..emm…tak tahu kenapa..tetapi suasana amat menyeramkan..dentuman
bunga api boleh tahan 15 minit juga lamanya…ok apa faedah selepas tengok bunga
api??
Inilah yang dinamakan pembaziran! Sedangkan berapa ramai lagi keluarga
miskin yang tidak cukup makan,,pelajar2 yang ingin melanjutkan pelajaran yang
tidak mendapat bantuan..bunga apilah yang didahulukan dulu…betullah tu slogan “rakyat
didahulukan…” (muka 10 sen dan mata ke atas)
Tenggelam di tengah2 lautan manusia membuatkan tanganku semakin
erat memaut lengan rakanku..”jangan lepas tau..nanti tak jumpa…awak jangan
takut ok…betulkan niat kenapa datang sini..”
Muka kawanku dah semakin pucat. ”awak tenang ok..doa
banyak2..kita ada kawan2..jangan lepas tangan ni…” senyuman dihulurkan.
Seusai habisnya dentuman bunga api..berbondong2 manusia
bergerak menuju ke merata arah…wisel,,telinga arnab yang menyala2..punk..si
seksi yang menyeksakan..anak2..pakcik tua..makcik tua dan muda..baby dalam
troli..yang berambut
rebonding..bersubang di hidung semuanya bergerak dalam satu gelombang besar
yang ku tak tahu hala tujunya..allahuakbar….suasana memang menyeramkan ditambah
sahutan pihak polis dan wisel2nya…askar2 berbaris ibarat satu rusuhan akan
berlaku..”ok…tenang asmaa’..i like this challenge..!”
Pendekkan cerita…kami ke masjid as syakirin..unfortunately
dah terpisah dari kumpulan yang sepatutnya kami bersama mereka..namun kami
tidak berhenti di situ..satu inisiatif dari seorang sahabat..”ok kita agak
terlambat sebenarnya sebab orang lain dah gerak dengan flyer masing2..jadi
i.allah kita akan buat street dakwah sendiri..dakwah tu di mana2..”
Kami berkumpul..taklimat , tazkirah dan taujihat
diberikan..kami faham apa tugas dan tujuan kedatangan kami pada malam itu..betulkan
niat..then we have that flyers..ready..kita bergerak dalam group masing2..
Dari jauh ternampak kelibat ramai anggota polis dan
askar..terlihat bberapa polis dan gerombolan orang ramai berkejar kejaran ke
satu arah..” apa yang berlaku ni?....kenapa semua orang berlari….cool2..”
kucuba mencari punca namun tak terlihat..teruskan perjalanan dengan tenang..
Sampai di satu tempat..kuterlihat sekelompok akak2 mungkin
lebih kurang sebaya denganku sedang makan burger..berborak dan melepak bersama
kawan2..
“asslmkm kak selamat tahun baru! Saya ada sesuatu yang
special untuk akak..insya allah akak boleh baca kat rumah nanti..” flyer
diambil dari tanganku…berkenaan homoseksual..ku sendiri pun x sempat
membacanya..just sebagai alat utk menyapa.. “terdetik nak Tanya akak dari
mana..umur berapa..buat apa…dan macam2la pulak…” ok mereka semua mudah di approach
rupanya..alhamdulillah..kuteruskan perjalanan..
“asmaa’ sy takutla nak bagi…tak tahu nak cakap apa..susahnya
nak dakwah ni..” ujar sahabatku.” .relax dib....dakwah kita tak setanding dakwah
rasulullah..rasulullah dilontar dengan batu2..kita just bagi flyer..mula2
memang takut..amar ma’ruf ni bukan bende senang..tapi awak boleh..atasi rasa
takut..kita buat kerana allah..i.allah allah
permudahkan..” (ni dah kira latihan praktikal ni..huh)
Dib..awak Nampak kakak tu??..apa lagi bagila kat dia
satu..tegur elok2..
“akak selamat tahun
baru..ni untuk akak nanti akk boleh baca ye….” Sahabatku tersenyum sipu.
Alhamdulillah ..awak boleh!.tak takut kan..? blink2.. ok
kita cari orang lagi..
Terlihat satu kelompok lelaki..mak aih macam band westlife
dengan matanya biru…hensemnya..ok astaghfirullah..betulkan niat..tak semena2
kawanku menghulurkan flyer..”happy new year! this is for u..try to read this!”
si mat salleh itu tersenyum sipu2…
Ok dib…awak memang boleh…hehe..tibe2 rasa seronok pulak bagi
flyer kat orang kan…jom jalan depan lagi..
Aku terlihat sekumpulan lelaki dan wanita mat
salleh..perempuannya cantik sgt..tapi ada ramai lelaki di situ..”ok xpe kita2
semua boleh buat..kutarik nafas dalam2..
ya rasulullah pengorbananmu lebih besar dari apa yang aku
buat hari ini..engkau dicaci dihina..dilontar batu dan benda2 kotor..darah
jihadmu sentiasa mengalir..sedangkan aku pada malam ini Cuma perlu mengorbankan
ketakutanku…
“hai..happy new year!! we have something for u this night..you can
take this and have a nice reading!”
“oh thank you…”
Tetibe rasa nak menyapa..”welcome..erm..where did you come
from?..we are Malaysian and also students..emm what is your opinion about this
new year celebration? Is it good..?” (banyak la pulak soalan yang keluar….hehe..control2)
“oh I see..we are from Germany……..i always expected that
people in Malaysia are all wearing scarf and something that cover their face..(purdah la kot)..but
it is still ok..and actually I have brought one scarf.. a beautiful scarf to my
family..and I like it..my family also like it..”
“oooh really…dush! Betapa malunya perasaanku..” rupanya2 nya
mereka respect dan expect ummat malaysia ni semuanya menjaga batas2 aurat dan batas2
agama..agak malu kerana masyarakatku sendiri yang meninggalkan segala suruhan
islam..alangkah untungnya dan tingginya islam jika semua orang mengikut apa yang allah
suruh..jaga aurat dan sebagainya..non muslim pun respect kita…ummat islam
sendiri yang meruntuhkan islam tu..nauzubillah..
Aku sempat lagi bergambar…sungguh ku temui pengalaman yang
begitu berharga yang tak dapat kuungkapkan..separuh malamku kuhabiskan dengan
berjalan2 “mencari kawan baru”
Allahuakbar..banyak yang kuperoleh..terlalu banyak dan tak
mampu untuk ku ceritakan segalanya dalam blog ini
Hanya satu ingin kutekankan..dakwah itu kewajipan
kita..takut atau tidak kita kena cuba kerana allah mengatakan kita adalah ummat
yang terbaik kerana kita menyuruh yang ma’ruf mencegah yang mungkar..allah…ada
pengalaman manis dan pahit..namun inilah jalan2 yg dilalui para anbiya
terdahulu demi menyampaikan risalah islam..jalan seperti rasul2 terdahulu lalui
bukanlah jalan yang penuh dengan keseronokan dan kemewahan akan tetapi penuh
dengan duri2 yang tajam..ada manisnya namun lagi banyak pahitnya..
Surah Ali 'Imran [3] : 110
110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah
dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman
tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Namun allah takkan sia2kan semua itu…allah menjanjikan
syurga buat mereka yang berjual beli dengan diri dan hartnya..marilah kita
menjadi salah seorang dari golongan yang allah sebut ini…
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin
diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka"
- Surah at-Taubah: 111
1 comment:
nnti try y KLCC plak...then p y shah alam plak....slagi termampu,buat mna y mmpu...y pnting ikhlaskan niat...kagum dgn adik2...(^_^)...kak tirah
Post a Comment